Resepi Donut Pandan Yang Gebu Dan Lembut Sedap

Resepi Donut Pandan Yang Gebu Dan Lembut Sedap. Apa bahan dan bagaimana cara nak buat resepi donut pandan ala big epal yang senang, lembut dan gebu ? Ikuti perkongsian tentang resipi donut pandan berikut :

Resepi Donut Pandan Big Apple
Resepi Donut Pandan Gebu



Resepi Mudah Donut Pandan Yang Lembut Dan Gebu

Bahan-Bahan Buat Donut Pandan :


  1. Lima ratus gram tepung high protien mfm
  2. Satu peket instant yis saf
  3. Enam puluh gram gula halus
  4. Lima gram garam halus
  5. Dua sudu susu tepung nespray
  6. 230 hingga 240 gram air daun pandan
  7. Sedikit emulco pandan paste
  8. Sedikit pewarna hjau
  9. Enam puluh lima gram butter atau majerin
  10. Satu sudu teh baking powder
  11. Sepuluh gram krim super ( jika tiada tukar ke lima gram improver plus softener) tapi saya tidak letak saya pakai krim super.


Cara Buat Donut Pandan Gebu Yang Mudah Dan Sedap

1. Masukkan semua bahan yang telah disediakan ke dalam mixer serta masukkan air daun  pandan secara sikit demi sikit sampai jadi doh yang licin

2. Kemudian, masukkan krim super mixer lagi sampai doh tadi tak melekat di periuk. Uli sampai elastik

3. Timbang doh tiga puluh gram dan bulatkan dan susun dalam tray yang sudah ditabur dengan tepung.

4. Biarkan doh donut tersebut naik selama lima belas minit. Tekan sikit dan tebuk lubang pakai acuan.

5. Bila doh dah naik baru goreng pakai apai sederhana.

6.  Toskan minyak dan salut dengan gula castor.

7. Biarkan sejuk dan simpan dalam bekas tertutup.

Semoga perkongsian tentang resepi donut pandan diatas dapat membantu dan memberi sedikit manfaat kepada anda. Selamat mencuba. Jangan lupa kongsikan dengna yang lain.

0 Response to "Resepi Donut Pandan Yang Gebu Dan Lembut Sedap"

Post a Comment