Kerajaan Cadang Naikkan Cukai GST 8 Peratus Tahun Depan

Kerajaan Cadang Naikkan Cukai GST 8 Peratus Tahun Depan. Kerajaan sedang merancang bagi meningkatkan jumlah Cukai GST Barangan dan Perkhidmatan daripada 6 peratus kepada 8 peratus, memandangkan kerajaan tidak mempunyai sumber cukai produktif yang lain.

Sekadar Gambar Hiasan




GST Naik 8 % Pada Tahun Hadapan

SELANGOR, Pakar ekonomi berpendapat kerajaan sedang merancang bagi menaikkan jumlah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) daripada 6 peratus kepada 8 peratus, memandangkan ia tidak mampunyai sumber cukai produktif yang lain.

Kalau tidak, kerajaan mungkin terpaksa menjual sebahagian aset Khazanah Nasional Berhad untuk menampung pendapatan kerajaaan buat sementara pada tahun 2017.

Memandangkan ekonomi dunia menuju kegawatan, Prof Dr Barjoyai Bardai, pensyarah Universiti Tun Abdul Razak  berkata GST satu-satunya cukai yang sangat produktif serta berdaya maju, semasa cukai korporat dan cukai individu golongan berpendapatan tinggi dijangka menurun.

“Jika boleh kerajaan hendak laksanakan tahun ini bagi belanjawan tahun depan (2017),” kata Barjoyai kepada FMT.

“Namun bergantung pada berani atau tidak kerajaan melakukannya. Mungkin kerajaan pun tidak ada pilihan lain kerana tidak ada sumber pendapatan lain untuk diharapkan,” tambahnya.

Prof Dr Barjoyai Bardai sebelum ini diminta pendapat berkenaan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berkata ekonomi bakal lumpuh sekiranya kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan diturunkan daripada 6% kepada 3%

Perdana Menteri menjawab Liew Chin Tong (DAP-Kluang) di sesi soal jawab Dewan Rakyat hari ini, yang berkata penurunan kadar GST akan mendorong penggunaan domestik.

Menurut pakar ekonomi tersebut, penurunan sehingga 3% pasti menyebabkan jumlah kutipan GST berkurangan kepada RM20 bilion. Kutipan tahun ini dijangka mencapai RM39 bilion.
“(Penurunan) tersebut akan menyebabkan pendapatan kerajaan terlampau rendah sampai tidak mampu menampung perbelanjaan yang besar, serta akan menyebabkan defisit belanjawan naik sehingga 4% atau lebih 4%,” jelasnya.

Pakar ekonomi itu tidak optimis kerajaan akan dapat mencapai kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan RM39 bilion akibat jumlah perbelanjaan persendirian yang merosot.

“Kemungkinan berkurang hampir RM6 bilion hingga RM8 bilion. Ini akan menyebabkan sasaran defisit perbelanjaan kita meleset sebab kita jangkakan kita akan mencapai sasaran 3.1%.

“Kemudian pada masa yang sama Petronas telah menurunkan jangkaan dividen bayaran cukai yang akan mereka buat daripada RM60 bilion kepada RM30 bilion. Jesteru ini adalah satu tamparan besar juga,” katanya.

sumber :FMT, 17/10/16

0 Response to "Kerajaan Cadang Naikkan Cukai GST 8 Peratus Tahun Depan"

Post a Comment