Polis Saman Diri Sendiri Akibat Langgar Lampu Isyarat

Polis Saman Diri Sendiri Akibat Langgar Lampu Isyarat. Seorang anggota polis tidak menyangka akan menyaman dirinya sendiri akibat melanggar peraturan jalan raya.

Gambar Hiasan



Polis Keluarkan Saman Untuk Diri Sendiri Kerana Langgar Peraturan Jalan

Menurut WTSP mengatakan Tim Glover dari Haines City Police Department terlihat rakaman beliau melanggar lampu merah semasa keluar membeli makanan tengahari di Florida, America Syarikat.

Polis Jujur Saman Diri Sendiri
Polis Saman Diri Sendiri


Kejadian tersebut disedari semasa Tim membuat pemeriksaan rakaman lalu lintas yang menunjukkan sebuah kereta peronda melanggar lampu isyarat merah.

"Saya kenal kereta peronda itu (dalam rakaman) serta saya berharap pemandu kenderaan tersebut bukan saya," kata Tim.

Namun pemeriksaan lanjut mendapati individu berkenaan merupakan dirinya yang sedang dalam perjalanan membeli makanan tengah hari.

"Saya sudah diajar bahawa kalau melakukan kesalahan, kita harus bertanggung jawab.

"Kali ini, saya perlu mengeluarkan saman kepada diri saya sendiri!" kata Tim.

Sementara itu, Ketua Polis Haines City, Jay Hopwood memuji integriti serta kejujuran dan Tim.

"Integriti  mampu menjadikan seseorang anggota polis disegani masyarakat, kalau anda tidak jujur serta berintegriti, anda hanya mengotorkan nama baik pihak police," tambah Jay.

sumber :sh

0 Response to "Polis Saman Diri Sendiri Akibat Langgar Lampu Isyarat"

Post a Comment