Polis Guna Alat ANPR Untuk Kesan Pesalah Trafik

Polis Pakai Alat ANPR Untuk Kesan Pemilik Kenderaan Bermasalah. Polis bakal menggunakan satu alat yang dikenali sebagai ‘Automated Number Plate Recognition’ (ANPR) bagi mengesan kenderaan yang memiliki saman tertunggak, waran tangkap serta kenderaan curi dalam tempoh terdekat.

Apa Itu Automated Number Plate Recognition
Automated Number Plate Recognition


Apa Itu ANCPR Automated Number Plate Recognition 

Demikian menurut Datuk Mazlan Mansor, Pesuruhjaya Polis Sarawak,  yang turut memberitahu alat tersebut sudah dibekalkan kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) pada awal September lepas.

“JSPT dibekalkan satu alat ANPR pada awal September serta bakal digunapakai dalam tempoh terdekat bagi mengesan kenderaan yang mempunyai saman tertunggak, waran tangkap dan kenderaan curi.

“Bagi mana-mana pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap serta berjaya dikesan alat ANPR, maka anggota polis yang bertugas akan tangkap terus bagi tindakan selanjutnya.

“Maka, sesiapa yang mempunyai saman tertunggak dinasihat agar segera menyelesaikan bayaran kerana tiada ruang bagi mereka lari daripada membayar kompaun sebaik sahaja alat tersebut digunakan,” 

“Automated Number Plate Recognition dapat dipasang di mana-mana lokasi, selain juga boleh dipasang pada kenderaan polis serta kalau terdapat pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap dikesan, maka akan terus ditangkap serta-merta,” katanya.

0 Response to "Polis Guna Alat ANPR Untuk Kesan Pesalah Trafik"

Post a Comment