Jutawan Berlian Hadiahkan 1200 Kereta 400 Pangsapuri Kepada Pekerja

Jutawan Berlian Hadiahkan 1200 Kereta 400 Pangsapuri Kepada Pekerja. India, Savji Dholakia, 54, jutawan berlian telah menghadiahkan sebanyak seribu dua ratus buah kereta serta empat buah pangsapuri bernilai RM32 juta kepada 1,700 pekerja cemerlang sempena sambutan Diwali hari ini.

Hargai Pekerja Jutawan Berlian Hadiahkan Kereta Rumah
Jutawan Berlian Hadiahkan Kereta Rumah Pada Pekerja


Savji Dholakia Hadiah 1200 Kereta 400 Rumah Kepada Pekerja

Dholakia menyatakan kepada CNNMoney, mereka adalah sebahagian daripada 5,500 kakitangan syarikat Hari Krishna Exports, yang dipilih disebabkan menunjukkan prestasi kerja yang mengagumkan dari segi kesetiaan serta kemahiran sejak tahun lalu. 2 tahun lalu, jutawan berlian ini turut menghadiahkan 200 pangsapuri, 400 kereta dan 500 set barang kemas yang mahal kepada 1,200 pekerja. 

Savji Dholakia Quotes


Savji Dholakia Quotes India
Savji Dholakia Quotes


Tambah Dholakia, 20 tahun lalu, beliau menghadiahkan kereta kepada tiga kakitangan terbaik syarikatnya dan bermula dari situ beliau melaksanakan pelbagai program insentif. "Eksport syarikat berjumlah AS$700 juta (RM2.9 bilion) ke 70 negara, namun tidak ada yang lebih berharga berbanding pekerja kami," kata Dholakia. - Agensi

sumber: Bh

0 Response to "Jutawan Berlian Hadiahkan 1200 Kereta 400 Pangsapuri Kepada Pekerja"

Post a Comment