Cara Masak Bubur Nasi Bayi Tujuh Minit Siap

Cara Masak Bubur Nasi Bayi Tujuh Minit Siap.  Langkah mudah serta cepat untuk sediakan bubur nasi buat anak-anak kecil. Bagi ibu-ibu yang bekerja sambil bersiap pun dapat buat. Idea buat bubur dengan mudah ni saya ambil dari perkongsian facebook juga tapi dah lupa daripada siapa. Kepada yang sudah tahu boleh abaikan sahaja sebab saya kongsikan khusus buat mereka yang belum tau.

Resepi Cara Masak Bubur Nasi Bayi Tujuh Minit Siap
Bubur Nasi 7 Minit Siap

Resepi Masak Bubur Nasi 7 Minit Sahaja Diperlukan

Berikut merupakan bahan-bahan yang diperlukan :

1. Beras
2. Air
3. Bekas 

Cara Cepat Masak Bubur Nasi Tujuh Minit Sahaja

1. Sila basuh beras sampai bersih dan tidak payah tos

2. Kemudian, simpan dekat dalam bekas bersama sedikit air bersama.

3. Simpan ke dalam peti sejuk ( Saya selalu buat dalam dua cawan beras stok bagi lima hingga enam hari kerana baby saya belum kuat makan).

4. Apabila tiba hari nak masak bubur untuk anak, terus keluarkan dari peti ais dan masukkan ke dalam periuk serta tambah sedikit air. Yang sudah beku tadi campurkan sekali. Jika hendak letak bahan (ayam atau sayur) letak awal-awal kerana beras tersebut terlalu cepat kembang.

5. Minit pertama guna api yang sederhana. Tapi anda masa masak bubur ni jangan la pergi rajin menyapu laman bagai. Nanti habis hangit bubur anak anda tu sebab tempoh masa yang diambil sekejap sahaja.

6. Minit ke 7, beras tadi sudah bertukar menjadi bubur. Jika kuantiti banyak memang kurang dari 15 minit bubur akan siap. 

Semoga perkongsian tentang resipi mudah bubur nasi buat anak-anak kecik diatas dapat memberi anda sedikit manfaat dan jangan lupa kongsikanya dengan yang lain. Terima kasih dan Selamat mcuba.

0 Response to "Cara Masak Bubur Nasi Bayi Tujuh Minit Siap"

Post a Comment