Cara Claim Gantirugi Sebab Langganan Internet TM Slow

Cara Claim Rebate Gantirugi Sebab Langganan Internet TM Slow.  Bagaimana cara untuk tuntut rebat jika langganan internet tidak mengikut syarat syarat yang telah di tetapkan seperti dalam kontrak? Ikuti panduan berikut :
Tuntut Duit Balik Dari TM
Cara Tuntut Ganti Rugi Langganan Internet TM Slow



Cara Tuntut Rebat TM Kerana Internet Perlahan Tak Ikut Kontrak

Khas buat pelanggan UNIFI, silalah hubungi talinan tetap unifi ( percuma ) 100 guna dan buat laporan jika Internet speed tidak mencapai minimum requirement dalam kontrak.

Jika 10Mbps, minimum kena konsisten 8Mbps sepanjang hari. Bila speed internet  perlahan je, sila buat speed test dan screenshot atau ambil gambar untuk dijadikan sebagai bukti kepada pihak unifi.

Kemudian, hubungi dan buat report, kebiasaannya pihak Call Center akan cakap mereka nak reset Port, selepas itu panggilan akan terputus. Minta nombor report sebelum pihak call center unifi reset Port ataupanggilan terputus.

Selepas itu, email kepada help@tm.com.my, Tulis tajuk Rebate Claim Due to Slow Internet, details tentang gangguan berlaku seperti pukul berapa Internet perlahan, berapa speed, bila technician datang dan selesaikan masalah yang kita alami, minta pekerja terbabit proceed dengan rebate claim sekali.

Tutorial Minta Gantirugi Internet TM


Semoga perkongsian tentang kaedah klaim duit atau gantirugi sebab internet tm slow dan tidak menepati seperti apa yang ada dalam perjanjian sebelum ini dapat memberi manfaat sedikit manfaat kepada anda. Jangan lupa kongsikanya dengan yang lain.Terima kasih. 

0 Response to "Cara Claim Gantirugi Sebab Langganan Internet TM Slow"

Post a Comment