Tunku Mahkota Johor TMJ Tolak Jadi Presiden FAM

Tengku Mahkota Johor TMJ Tolak Jadi Presiden FAM. Khairy Jamaluddin iaitu Menteri Beliau dan Sukan  mencadangkan Tunku Mahkota Johor bagi mengambil alih jawatan sebagai presiden FAM, dedah Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Kenapa TMJ Tolak Di Lantik Presiden FAM
TMJ Tolak Jadi Presiden FAM


Kenapa TMJ Tolak Jadi Presiden FAM

Bagaimanapun, katanya, TMJ memilih untuk menolak mengambil alih jawatan Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah disebabkan sudah memiliki kelab bola sepak sendiri, iaitu JDT ( Johor Darul Takzim ).

“Saya tak bersetuju untuk menjadi presiden FAM sebab saya sudah mempunyai JDT. Akan berlaku konflik kepentingan sebab mungkin saya akan lebih cenderung ke arah negeri saya,” katanya.

“Macam yang saya nyatakan sebelum ini, kita perlu mencari seseorang yang tidak mempunyai sebarang hubungan dengan mana-mana persatuan negeri atau kelab bola yang mengambil bahagian.”

TMJ turut menegaskan presiden FAM tidak sepatutnya datang dari golongan keluarga diraja yang punya hubungan dengan mana-mana kelab bola sepak yang menyertai pertandingan.

“Orang yang dilantik juga hendaklah seorang yang neutral kepada semua negeri dan kelab-kelab yang mengambil bahagian dalam pertandingan. Ini bagi mengelakkan rasuah serta berlakunya sikap pilih kasih,” jelas TMJ.

Sumber : Malaysiakini

0 Response to "Tunku Mahkota Johor TMJ Tolak Jadi Presiden FAM"

Post a Comment