Resepi Nasi Hujan Panas Guna Beras Biasa

Resepi Nasi Hujan Panas Guna Beras Biasa Yang Sedap Dan Simple. Apa resepi dan cara untuk menyediakan nasi hujan panas menggunakan beras biasa ? Ikuti perkongsian dibawah :

Nasi Hujan Panas Yang Mudah Resepi
Nasi Hujan Panas Beras Biasa


Cara Masak Nasi Hujan Panas Pakai Beras Biasa

  1. Tiga setengah cawan beras biasa  3 1/2 cawan beras biasa ( biasa pakai beras jati je )
  2. Empat cawan air kosong
  3. Setengah cawan susu cair (sukatan ikut bahan sukatan beras)
  4. Bahan penumis adalah seperti berikut :


Bahan Penumis Nasi Hujan Panas Beras Biasa


  1. Sebiji bawang merah (sederhana)
  2. Dua ulas bawang putih
  3. Seinchi halia 
  4. Setengah inchi kunyit
  5. Setengah sudu teh garam halus
  6. Setengah kiub ayam
  7. Sebatang kulit kayu  manis
  8. Dua kuntum bunga lawang
  9. Sedikit buah pelaga dan bunga cengkih
  10. Sesudu besar marjerin (untuk tujuan menumis)
  11. Tiga helai daun pandan yang sudah dicarik-carik serta diikat
  12. Sedikit kismis atau  gajus ( biasa guna kismis je )
  13. Sedikit pewarna merah dan hijau


Resepi dan Cara Masak Nasi Hujan Panas Beras Biasa


  1. Kisarkan bawang merah, bawang putih, halia serta kunyit yang telah disediakan.
  2. Basuh beras dan toskan.
  3. Panaskan periuk nasi di atas dapur gas serta masukkan marjerin.  
  4. Apabila minyak sudah menjadi panas masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, serta buah pelaga. 
  5. Kemudian tumiskan  semua bahan-bahan yang telah dikisar sebentar tadi bersama kiub ayam.
  6. Masukkan daun pandan.
  7. Apabila sudah naik bau tumisan tersebut masukkan pula beras. 
  8. Masukkan garam kemudian kacau sampai rat.  
  9. Masukkan empat cawan air ke dalam periuk dan kacau.  
  10. Biarkan dalam tempoh satu  minit 
  11. Selepas itu masukkan pula susu cair tadi dan kacau lagi. 
  12. Bila ianya sudah sebati pindahkan periuk nasi ke periuk elektrik.  Masak macam biasa.
  13. Apabila sudah kering, masukkan kismis atau gajus yang telah anda sediakan dan gaulkan nasi.
  14. Kemudian taburkan pewarna merah dan hijau secara satu per satu. 
  15. Jangan terus kacau , biarkan dalam tempoh lima minit.  
  16. Apabila nasi sudah betul-betul masak baru anda boleh kacau nasi dan warna tidak akan bercampur.

Sekarang, siap dan boleh dihidangkan kepada ahli keluarga atau tetamu yang datang ke rumah anda. Semoga perkongsian tentang resipi nasi hujan panas menggunakan beras biasa diatas dapat membantu anda dalam menyediakan juadah secara home made. Jangan lupa untuk kongsikannya dengan yang lain juga. Terima kasih.

0 Response to "Resepi Nasi Hujan Panas Guna Beras Biasa"

Post a Comment