Resepi Bubur Ayam MCD Yang Sedap Dan Mudah

Resepi Bubur Ayam MCD Yang Sedap Dan Mudah. Apa bahan dan bagaimana cara untuk masak bubur ayam Mcd ( Mcdonalds) ? Ikuti perkongsian resipi bubur ayam MCD dibawah :

Cara Buat Bubur Ayam MCD
Bubur Ayam MCD


Cara Buat Bubur Ayam MCD Yang Sedap Dan Senang

1. Masak bubur seperti biasa menggunakan periuk nasi elektrik milik anda. Saya masak satu pot beras. Air setengah periuk

2. Masukkan ayam cincang. Jika ada tulang pun masukkan sekali kerana manis tulang akan dikeluarkan semasa masak

3. Masukkan serbuk halia.

4. Tumiskan bawang besar yang sudah dihiris nipis.

5. Masukkan tumisan bawang besar tersebut ke dalam bubur. Kenapa pakai bawang tumis? Ini adalah untuk memberikan aroma yang wangi kepada bubur yang anda masak. Berbanding menggunakan bawang mentah yang terus dimasukkan ke dalam bubur. 

6. Masukkan kiub pati ayam.

7. Masukkan serbuk lada sulah

8. The ultimate secret adalah Minyak Bijan. Masukkan dalam dua sudu minyak bijan dan matikan rice cooker.

9. Masukkan garam jika perlu.

Semoga perkongsian tentang resepi buat bubur ayam MCD diatas dapat memberi sedikit manfaat kepada anda. Jangan lupa untuk kongsikannya dengan yang lain. Selamat mencuba. 

0 Response to "Resepi Bubur Ayam MCD Yang Sedap Dan Mudah"

Post a Comment