Power Bank Meletup Bakar Kulit Peha Mangsa Trauma

Power Bank Brand Pineng Meletup Bakar Kulit Peha Mangsa.  Berikut merupakan sorotan kepada kejadian power bank jenama Pineng meletup dan membakar kulit paha mangsa dalam tempoh masa yang singkat iaitu tidak sampai lima saat.

Power Bank Terbakar Dan Meletup
Power Bank Meletup


Powerbank Meletup Bakar Kulit Peha Mangsa Trauma

Kejadian power bank meletup dan membakar kulit peha abang saya ini telah berlaku pada siang tadi. Menurut abang saya ( mangsa power bank meletup ) :

1. Power bank TIDAK ON.
2. Power bank sedang TAK DIGUNAKAN.
3. Power bank sedang berada di dalam beg yang berada pada riba beliau.
4. Power bank brand PINENG

Tiba tiba sahaja power bank tersebut mengeluarkan api. Dan, dalam masa lima saat sahaja beg dan seluar jeans abang saya terbakar. Cuba bayangkan seluar jeans pun dapat tembus . Kejadian ini telah berlaku kepada abang saya yang juga merpakan seorang jurukamera Bernama Tv  iaitu Shahuri  atau nama lainya Awie.

Malang tidak berbau, dan boleh timpa sesiapa sahaja. Perkongsian ini buat semua pengguna diluar sana agar lebih berhati-hati semasa membawa power bank. Jika sesiapa yang pergi travel, elakkan letak power bank dalam kargo ya. Semoga abang saya cepat sembuh.Amin.

Sumber: fb

0 Response to "Power Bank Meletup Bakar Kulit Peha Mangsa Trauma"

Post a Comment