Cara Daftar Simpanan Syariah KWSP Secara Online

Cara Daftar Simpanan Syariah KWSP Secara Online. Bagaimana cara nak daftarkan simpanan KWSP secara patuh syariah ? Ikuti panduan langkah-langkah hendak membuat penukaran simpanan KWSP Konvensional kepada Syariah menerusi perkongsian dibawah :


Tukar Simpanan KWSP Konvensional ke Syariah Online
Cara Tukar Simpanan KWSP Konvensional ke Syariah


Cara Tukar Simpanan Syariah KWSP Secara Online

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memaklumkan kepada umum bahawa Simpanan Syariah kini sudah dibuka untuk tujuan  pendaftaran. Bagi mereka yang berminat, khususnya kepada umat Islam yang mahu simpanan mereka di dalam KWSP diurus secara patuh syariah, ikuti 9 kaedah mendaftar simpanan syariah KWSP.

1. Pendaftaran boleh dibuat di mana-mana pejabat atau cawangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja  di seluruh negari.

2. Pencarum hanya perlu membawa dokumen pengenalan diri atau mykad ke cawagan atau pejabat KWSP. Lain-lain dokumen adalah tidak diperlukan.

3. Pencarum hendaklah hadir sendiri ke pejabat KWSP. Ini kerana pencarum akan melalui proses akad, serta pengesahan cap jari.

Beza Simpanan Syariah Dan Konvensional KWSP

4. Proses pengeluaran Simpanan Syariah masih sama seperti Simpanan Konvensional

5. Tarikh berkuatkuasa Simpanan Syariah hanya akan bermula pada tahun hadapan.

6. Hanya sejumlah RM100 bilion dana diperuntukkan bagi Simpanan Syariah tahun 2017. (konsepnya siapa cepat dia dapat).

7. Pencarum KWSP bakal mengetahui sama ada permohonan Simpanan Syariah mereka berjaya atau tidak melalui notis serta SMS atau khidmat pesanan ringkas dalam tempoh masa tidak kurang daripada 7 hari sebelum tarikh kuat kuasa Simpanan Syariah tersebut.

8. Jika pencarum tidak mendapat sebarang maklumbalas tentang tarikh berkuatkuasa bermakna pencarum masih dalam senarai menunggu atau maklumat pencarum dalam sistem KWSP tidak dikemaskini.

9. Pencarum KWSP hanya dibenarkan mempunyai satu akaun KWSP sahaja, sama ada Simpanan Simpanan Syariah atau Konvensional .

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang telah berlangsung pada 18 Ogos 2015 telah memutuskan KWSP tidak diwajibkan untuk melakukan penyucian terhadap dividen simpanan semua pencarum yang bertukar kepada Simpanan Syariah.

Bagaimanapun, sekiranya terdapat ahli yang mahu melakukan demikian secara individu, ahli boleh melakukannya setelah pengeluaran simpanan KWSP dibuat pada umur lima puluh dan lima puluh lima tahun.

Pencarum boleh merujuk kepada garis panduan penyucian dividen yang ditetapkan melalui Jawatankuasa Penasihat Syariah (JKPS), KWSP.

Bagi maklumat lanjut, anda boleh kunjungi  http://www.kwsp.gov.my/shariah/bm/faq.html

p/s : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja masih tidak melaksanakan pendaftaran penukaran Simpanan KWSP Konvensional ke Syariah secara online, jika ada ianya akan dikemaskini di masa hadapan. Harap maklum

0 Response to "Cara Daftar Simpanan Syariah KWSP Secara Online"

Post a Comment