Borang Permohonan Rumah Mesra Rakyat Johor RMRJ

Borang Permohonan Dan Pendaftaran Rumah Mesra Rakyat Johor ( RMRJ ).  Bantuan Rumah Mesra Rakyat Johor merupakan satu inisiatif kerajaan negeri Johor dalam memberi peluang kepada rakyat Johor yang mempunyai tanah namun tidak berkemampuan bagi membina rumah di atas tanah yang dimiliki di kawasan bandar mahupun kawasan luar bandar.

Borang Permohonan Rumah Mesra Rakyat Johor
Borang Pendaftaran Rumah Mesra Rakyat Johor


Cara Membuat Permohonan Bantuan Rumah Mesra Rakyat Johor

Kerajaan Negeri Johor telah memperuntukkan sebanyak RM 20 Juta sebagai subsidi dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) telah dilantik sebagai pihak kontraktor yang akan bertanggungjawab dalam membina RMRJ Rumah Mesra Rakyat Johor.

Syarat Mohon RMRJ Rumah Mesra Rakyat Johor

1. Warganegara Malaysia dan menetap di Johor

2. Berumur 18 tahun dan ke atas

3. Pendapatan kasar isi rumha RM750 hingga RM3000 sebulan

4. Pemohon atau pasangan tidak mempunyai rumah sendiri atau rumah sudah usang dan tidak sempurna.

5. Pemohon mestilah tuan tanah atau salah seorang tuan tanah bersama dalam  geran hak milik.

6. Tapak atau tanah mestilah bersesuaian dan bebas daripada sebarang sekatan dan pemohon hendaklah mendapat kebenaran daripada tuan tanah bersama ( sekiranya ada )

7. Minima keluasan tanah tidak kurang daripada 3500 kaki persegi ( tertakluk kepada bentuk).

8. Tertakluk kepada kelulusan pinjaman pihak bank atau institusi kewangan

9. Melengkapkan surat akaun sumpah beserta pengesahan Pesuruhjaya Sumpah

Jenis Bantuan Rumah Mesra Rakyat Johor




Bagi yang berkelayakan dan memenuhi syarat, borang permohan bantuan Rumah Mesra Rakyat Johor dapat di muat turun melalui pautan yang telah disediakan dibawah.



Sila baca tutorial ( rujuk atas ) untuk anda mencapai paparan yang seterusnya. Terima kasih.

0 Response to "Borang Permohonan Rumah Mesra Rakyat Johor RMRJ"

Post a Comment