Rock Bro Full Movie Online

Rock Bro Full Movie Online 2016. Tonton dan Download filem Rock Bro arahan Mamat Khalid dan dibarisi watak-watak yang tidak asing lagi seperti Pekin Ibrahim, Hasnul Rahman, Kamarool Hj Yusoff, Khir Rahman, Norazmi Bahron, Sofi Jikan, Jep Sepahtu, Jihan Muse, Kaka Azriff dan ramai lagi. 

Rock Bro Full Movie Online Download
Rock Bro Full Movie

Rock Bro Full Movie Online 2016

Sinopsis, Rock Bro diceritakan melalui naratif Jijoe (Khir Rahman), yang mana pada zaman tersebut era rock sedang berada di kemuncaknya dan seakan menanti zaman kejatuhan dengan kemasukan aliran muzik rap dan hip hop pada awal tahun 1990.

Anggota Rimba Bara sudah lama tidak mengadakan persembahan. Demi meneruskan kelangsungan hidup, mereka lebih memberi fokus pada kerja-kerja sambilan selain menerima tawaran gig di tapak ekspo tani, dimana bayaran yang diterima dalam bentuk buah-buahan serta sayur-sayuran dari penganjur. Begitulah liku-liku hidup seorang rocker yang memperjuangkan muzik rock. Kadangkala ada yang kecundang di tengah jalan, apabila Zul Kapan (Soffi Jikan) mula menyertai kumpulan rap, 4URU.

Kumpulan Rimba Bara gigih meneruskan perjuangan mereka dalam industri muzik yang penuh dengan permainan politik. Pada masa yang sama, Jijoe telah jatuh cinta pandang pertama dengan Ella iaitu Ratu Rock Malaysia semasa bertemu di studio rakaman King’s Studio. Jijoe terlalu sayangkan Ella sehingga sanggup meninggalkan kehidupan rocker-nya demi menjadi seorang kontraktor kelas F sebagai bukti yang beliau benar-benar sayangkan Ella serta mahukan hidup yang lebih terjamin. Ini membuatkan Rimba Bara mula goyah dan terjadilah konflik antara mereka.

Bagaimana kesudahan kisah cinta Jijoe dan Ella? Dan ke mana arah Rimba Bara selepas itu?

0 Response to "Rock Bro Full Movie Online"

Post a Comment