Majlis Reunion Isteri Bawa Malapetaka Kepada Rumah Tangga

Majlis Reunion Isteri Bawa Malapetaka Kepada Rumah Tangga. Ibu Negara, akibat majlis pertemuan semula, rumah tangga kami hancur disebabkan cinta monyet isteri bersama kawan sekolah kembali berputik hingga terjerumus ke lembah zina,” kata Zamri, 47, setelah isterinya ditangkap khalwat bersama bekas kawan sekolah di sebuah hotel di Jalan Chow Kit, di sini, kelmarin.

Kesan Buruk Majlis Reunion Sekolah
Reunion Sekolah Bawa Petaka

Bahaya Reunion Sekolah Kepada Rumah Tangga

Dalam kejadian jam 12.45 tengah malam itu, hati Zamri hancur setelah dimaklumkan polis serta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) isterinya berusia 52 tahun ditangkap khalwat bersama lelaki yang juga merupakan seorang bapa dan mempunyai enam orang anak.

Menurut Zamri, beliau tidak menyangka tindakan isteri kepada empat anak dan dua cucu terbabit membuat permohonan cerai sebelum ini hanya disebabkan mahu bersama dengan lelaki yang dipercayai bekas kekasihnya semasa di bangku sekolah.

Katanya, perubahan sikap isterinya itu mula dihidu selepas dia menghadiri majlis pertemuan semula yang diadakan untuk mengumpulkan rakan sekolahnya di Setapak Rampai, pada September tahun lalu.

sumber : harian metro

0 Response to "Majlis Reunion Isteri Bawa Malapetaka Kepada Rumah Tangga"

Post a Comment