Resepi Popia Nestum Rangup dan Sedap

Resepi Popia Nestum Rangup dan Sedap. Bagaimana cara untuk menyediakan popia nestum yang mudah dan rangup untuk dimakan bersama keluarga, saudara mara atau dihidangkan kepada tetamu yang bertandang ke rumah anda? Ikuti resepi dan cara masak popia nestum yang rangup dibawah : 

Resepi Popia Nestum Rangup
Resepi Popia Nestum


Bahan Buat Popia Nestum Yang Sedap :

  1. Satu bungkus kulit popia
  2. Satu cawan Nestum yang telah dikisar halus
  3. Setengah cawan Horlicks
  4. Setengah cawan gula castor
  5. Lidi chostik atau sate ( Bagi tujuan menggulung, jika tiada pun takpe)
  6. Dua sudu besar tepung gandum yang telah dicampur dengan sedikit air ( untuk dijadikan pelekat )
  7. Minyak masak


Cara Mudah Buat Popia Nestum Yang Rangup

1. Gulung kulit popia pakai lidi satay atau chopstick agar mudah untuk digulung. Tinggalkan sedikit hujung kulit popia bagi dilekatkan menggunakan bancuhan tepung gandum. Buat sehingga habis.

* Ketika menggulung kulit popia, pastikan nampak lubangnya. Kalau terlalu rapat, kena goreng lama agar bahagian dalam gulungan kulit popia tersebut masak.

* Tutup bekas berisi kulit popia pakai kain lembab bagi kekalkan kelembapan (untuk senang gulung serta potong)

2. Kulit popia sudah  digulung, dipotong serong pakai gunting.

3. Goreng kulit popia menggunakan api dapur sederhana sampai garing, kacau rata agar sekata dan tidak ada yang menjadi hangus. Angkat dan toskan.

4. Biarkan kulit popia yang sudah siap digoreng sejuk sekejap. Apabila sudah sejuk, tabur Nestum, Horlicks atau gula kastor atas kulit popia. Gaul sampai rata supaya semua kulit popia disaluti bahan-bahan tersebut. 

5. Simpan dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba. Dan, jangan lupa untuk kongsikan tentang resipi mudah buat popia nestum dengan yang lain. Terima kasih.

0 Response to "Resepi Popia Nestum Rangup dan Sedap"

Post a Comment