Pelumba Negara Menang MotoGP Kerajaan Hadiah Padang Golf

Pelumba Negara Menang MotoGP Kerajaan Hadiah Padang Golf. Kejayaan Khairul Idham Pawi mendapat tempat pertama dalam saingan MotoGP telah mendapat maklum balas yang positif daripada pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri yang telah menghulurkan ucapan tahniah atas pencapaian beliau dalam sukan lumba motosikal di persada dunia.



Pelumba Negara Menang MotoGP Kerajaan Bagi Padang Golf

Usaha beliau merupakan rentetan dari bekas juara asia yang lahir dari sukan lumba motorsikal cub prix sebelum  ini seperti Shahrun Nizam, Shahrul Yuzy,Chia Tuck Cheong, Arwah Mega, Obert, Fuad dan ramai lagi.

Akan tetapi, ramai masih lupa terdapat beribu pelumba muda seperti Khairul Idham Pawi yang masih bergelut dengan minat dan seronok berlumba di atas jalanraya, Apabila di minta atau sarankan agar kerajaan untuk membina trek seperti Dato Sagor KampungGajah, perlbagai jawapan dan alasan yang diberikan :

1) Tiada tanah
2) Tiada peruntukan
3) Memerlukan kos yang tinggi hinga mencapai puluhan juta ringgit kos berpuluh juta
(walaupun kos pembinaan tidaklah sampai ke tahap nilai mengarut diatas ) 
4) Kerajaan perlu membina kemudahan sukan rakyat yang lain seperti padang golf
( sedangkan berapa ramai anak muda yang berminat dan berpeluang untuk bermain golf )
5) Kontraktor buat parit minta buat kos litar
6) Dan macam-macam alasan lagi

Sedangkan sampai hari ini, ramai di kalangan rakan-rakan juara memberi khidmat nasihat kepada anak-anak muda dari terus berisiko atas di atas jalanraya. Siapa yang peduli kan.

0 Response to "Pelumba Negara Menang MotoGP Kerajaan Hadiah Padang Golf"

Post a Comment