Kitab Seks Kuno Aristoteles Masterpiece Termahal Di Dunia

Kitab Seks Kuno Aristoteles Masterpiece Termahal Di Dunia. Sebuah kitab seks kurun ke tujuh belas Inggeris yang dijumpai bakal dijual pada minggu ini dengan harga bermula GPB65,000 atau 351,000 ringgit Malaysia.

Buku Seks Kuno Aristoteles Masterpiece
Buku Seks Paling Mahal Di Dunia


Kitab Seks Aristotle Paling Mahal Di Muka Bumi

 Kitab yang diberi nama Aristoteles Masterpiece terbitan pada tahun 1684 tersebut sekaligus memintas harga kitab seks lagenda kuno India, Kama Sutra.

Menurut The Guardian, buku yang tanpa pengarang tersebut dikatakan mempunyai ilmu tentang penggunaan dan tindakan kemaluan sehinggalah kelahiran gergasi serta punca-puncanya.

Tambah, kitab itu turut membicarakan pandauan serta cara bagi mendapatkan anak perempuan dan lelaki. Sebenarnya, kitab Aristoteles Masterpiece bukanlah hasil karya Aristotle serta tidak ditakrifkan sebagai salah satu karya agung.

Penjualan kitab yang cuma tinggal 3 naskhah ini dikhabarkan akan dipasarkan di California International Antiquarian Book Fair di Oakland.

0 Response to "Kitab Seks Kuno Aristoteles Masterpiece Termahal Di Dunia"

Post a Comment