Jawapan TNB Kenapa Bil Elektrik Meningkat 3Kali Ganda

Jawapan TNB Kenapa Bil Elektrik Meningkat 3 Kali Ganda. Berikut merupakan maklumbalas Tenaga Nasional Berhad tentang peningkatan kadar caj elektrik selepas dikecam hebat oleh pengguna. 

Kenapa Bil Elektri Rumah Anda Meningkat
Kenapa Bil Elektrik Naik Mendadak



Maklum Balas TNB Berkaitan Caj Yang Lebih Tinggi Dikenakan

Pihak Tenaga Nasional Berhad merujuk kepada aduan pengguna di laman sosial tentang cas elektrik meningkat  kebelakangan ini. Kebiasaannya cuaca panas terik dan kering yang berpanjangan mempengaruhi tabiat pengguna seperti penggunaan peralatan elektrik khususnya aircond atau pendingin hawa, yang secara relatifnya memerlukan lebih banyak elektrik berbanding peralatan elektrik yang lain.

Kenapa Bil Elektrik Rumah Meningkat Dengan Mendadak

Pengguna pendingin hawa lebih cenderung:

1. Menurunkan suhu pada tahap lebih rendah 
2. Meningkatkan kelajuan kipas pendingin hawa
3. Menggunakan pendingin hawa untuk tempoh yang lebih lama

Kenapa Bil Api Rumah Anda Menjadi Tinggi dan Mahal 

Bagi makluman, penggunaan elektrik turut boleh meningkat bagi peralatan lama yang tidak diselenggara dengan baik.

Kesemua faktor diatas akan meningkatkan penggunaan elektrik secara mendadak dan akan memberi kesan langsung kepada bil elektrik pengguna.

Pengguna yang mendapati bil elektriknya meningkat bukan disebabkan faktor-faktor di atas, disarankan agar menghubungi pejabat TNB yang berdekatan.

0 Response to "Jawapan TNB Kenapa Bil Elektrik Meningkat 3Kali Ganda"

Post a Comment