Diwale Menang Anugerah Filem Paling Teruk Diperingkat Antarabangsa

Diwale Menang Anugerah Filem Paling Teruk Diperingkat Antarabangsa.Film Dilwale yang dibintangi oleh Shah Rukh Khan dan Kajol menerima gelaran Filem Paling Te­ruk pada Anugerah Golden Kela yang menyerupai Anugerah Razzie di Hollywood, baru-baru ini.

Diwale Menang Anugerah Filem Paling Teruk
Diwale Filem Paling Buruk

Filem Diwale Terima Anugerah Filem Paling Buruk

Filem tersebut diumumkan sebagai pemenang, me­ngetepikan 4 lagi calon filem lain yang iaitu Shaandaar, Tevar, Singh is Bling dan Bombay Velvet pada majlis anugerah kali-8 yang mengumumkan hasil karya dan lakonan paling tidak memberangsangkan di pawa­gam Hindi itu.

Portal Hindustan Times melaporkan, selain menjadi filem paling buruk, lagu runut bunyinya, Gerua, nyanyian Arjit Singh juga dipilih menerima Anugerah Khas Sangh Parivaar.

Filem Prem Ratan Dhan Payo, pula menerima gelaran paling banyak dalam majlis tersebut termasuk Pelakon Wanita Paling Teruk yang diraih Sonam Kapoor serta Pengarah Paling Teruk yang diberikan kepada Sooraj Barjatya.

“Barjatya turut mendapat Anugerah Khas Bas Kijiye Bahut Ho Gaya serta runut bunyi filem tersebut dinamakan sebagai Lagu Paling Menjengkelkan, menurut portal Hindustan Times.

Pelakon, Sooraj Pancholi mungkin sudah mendapat penghormatan di pelbagai majlis anugerah lain, namun Anugerah Golden Kela menggelarnya sebagai Pelakon Lelaki Paling Teruk tahun ini berdasari lakonannya dalam filem Hero.

0 Response to "Diwale Menang Anugerah Filem Paling Teruk Diperingkat Antarabangsa"

Post a Comment