Cara Kenal Buah Harum Manis Yang Asli Dan Palsu

Cara Kenal Buah Harum Manis Yang Asli Dan Palsu. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini berkongsi tips dalam membeli Harumanis asli untuk mengelak orang ramai menjadi mangsa penipuan penianga yang tidak bertanggungjawab


Perbezaan Harumanis Dengan Buah Tom Dam Thai
Petua Kenal Harumanis Perlis



Beza Harumanis Asli Dengan Buah Tom Dam Thailand  

Terdapat perbezaan ketara bagi Harumanis asli dengan buah tiruan atau buah import iaitu Tom Dam, sebagai contoh Harumanis Perlis lekuk pada tangkainya berbeza manakala buah dari Thailand yang mempunyai lekuk pada pangkal tangkai dan di bahagian luar tangkai.

Harumanis Perlis Vs Harumanis Tiruan Thailand

Baginda bertitah ‘Harumanis Thai’, ‘Harumanis Kampung’ dan ‘Harumanis'’ adalah antara nama yang digunapakai untuk melariskan jualan buah mempelam tersebut.

"Jika di Pantai Timur, Tom Dam juga dikenali sebagai Pauh Mas Hitam’ yang juga dijual di pasar malam, tepi jalan, pasar malam atau secara atas talian ( online ).

King Of Harumanis Bukan Mempelam Harumanis Dari Perlis

"Difahamkan Harumanis Tipu juga terdapat dijual di Pasar Chow Kit di Kuala Lumpur dengan nama yang lebih gah iaitu King of Harumanis, yang jika dilihat dari segi fizikalnya sahaja memang sesetengah pembeli akan merasakan ianya adalah Harumanis dari Perlis," titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian semasa menghadiri majlis penyerahan sumbangan program Azam Tani Jabatan Pertanian Negeri Perlis kepada Sunin Pin‎ di Kampung Kota Kayang, Kuala Perlis.

Masalah lambakan buah harumanis palsu perlu diberikan perhatian sewajarnya oleh semua pihak kerana Harumanis membawa imej negeri Perlis, titah baginda.

Ciri Ciri Harumanis Perlis Original Vs Harumanis Tom Dam

Tom Dam turut mempunyai bahu yang sama tinggi sedangkan Harumanis mempunyai bahu yang tidak sama tinggi antara kanan dan kiri, jelasnyanya.

Ketiga, bentuk bucu hujung Harumanis Perlis mempunyai hujung yang sekakata manakala Tom Dam tirus.

Keempat adalah dari segi tekstur buah tersebut, Tom Dam lebih berserat dan ketara serta banyak jus, sedangkan Harumanis  Asli Perlis memiliki serat yang amat halus dan sedikit jus tetapi jauh lebih manis.

Justeru, baginda menasihatkan masyarakat agar mengetahui ciri-ciri sebenar Harumanis yang asli keluaran negeri Perlis bagi mengelak daripada ditipu atau berkunjung ke Pusat Petanian Bukit Bintang, Sungai Batu Pahat di sini bagi mendapatkan maklumat tepat.    

0 Response to "Cara Kenal Buah Harum Manis Yang Asli Dan Palsu"

Post a Comment