Peminat Hantar Resume Bagi Meminang Mira Filzah

Peminat Hantar Resume Bagi Meminang Mira Filzah. Bintang filem dan drama, Mira Filzah yang kini sedang meningkat naik dan mendapat perhatian dikalangan peminat seni tanah air disebabkan bakatnya serta kecantikannya mengaku bahawa terdapat antara kalangan peminat sanggup menghantar dokumen pengenalan diri ( resume ) bagi meminangnya.

Gambar Mira Filzah
Mira Filzah Foto

Peminat Mira Filzah Hantar Resume Untuk Tawan Hati

Tambahnya, terdapat kalangan peminatnya di laman sosial Instagram cuba memikatnya dan ingin memiliki hatinya secara serius. Ada yang cuba mengurat. Dalam emel pun ada.Sehinggakan terdapat yang benar-benar mahu berkahwin dengannya dan memberikan resume untuk memaklumkan beliau kerja sebagai apa. Namun semua Mira anggap perkara biasa dan mungkin kerana dikenali"

Menurut wanita yang berusia dua puluh tiga tahun ini lagi, dia tidak mempunyai masa untuk menjalinkan hubungan  cinta dengan sesiapa akibat sibuk dan mahu menumpukan  kerjayanya terlebih dahulu.

Video Mira Filzah Nyanyi Janam Janam

0 Response to "Peminat Hantar Resume Bagi Meminang Mira Filzah"

Post a Comment