Cara Untuk Mohon Praktikal Di TM Telekom Malaysia

Bagaimana Cara Untuk Mohon Praktikal atau Internship Di Telekom Malaysia. Ikuti panduan cara hendak membuat permohonan praktikal di TM yang telah disediakan dibawah :

Cara Mohon Latihan Indsutri Di Telekom Malaysia
Praktikal Di TM

Cara Mohon Latihan Industri Di TM Telekom Malaysia

Kepada yang berminat untuk menjalani latihan industri di Telekom Malaysia, anda hendaklah memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

1. Warganegara Malaysia
2. Minima CGPA 2.7 dan keatas ( bagi 2 semester terakhir )
3. Sekurang-kurangnya akan menjalani latihan industir selama 3 bulan atau 6 bulan
4. Elaun yang akan dibayar oleh pihak TM adalah sebanyak RM 300 untuk pelajar diploma dan RM 500 untuk pelajar ijazah sarjana muda.
5. Senarai program atau kos universiti yang diterima dapat dirujuk pada gambar diatas.

 Cara Nak Praktikal Dengan Telekom Malaysia


Sila hantarkan dokumen-dokumen berikut 3 bulan lebih awal dari tarikh anda akan memulakan latihan industri untuk tujuan pemprosesan dan kelulusan :

1. Dokumen Pengenalan Diri ( Resume/CV)
2. Salinan Keputusan Peperiksaan ( CGPA )
3. Surat Sokongan Dari Pihak Universiti

Baca tutorial ( rujuk atas ) dengan baik untuk anda mencapai paparan yang berikutnya. Harap maklum dan terima kasih.

1 Response to "Cara Untuk Mohon Praktikal Di TM Telekom Malaysia"

  1. Tahap sijil boleh kah tu....sbab sya thab sijil jk...

    ReplyDelete