Adik PM Mengaku Terima 27Juta Dari Najib Razak

Adik PM Mengaku Terima 27Juta Dari Najib Razak. Datuk Seri Nazir Razak ( Pengerusi CIMB ) dilapor mengesahkan beliau menerima hampir AS$7 juta ( ringgit Malaysia 27 juta ) dari akaun milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (abangnya ) yang turut merupakan presiden Umno.

Adik PM Terima 27 Juta Ringgit
Adik Najib Dan 27 Juta


Adik Perdana Menteri Mengesahkan Dapat 27Juta Dari Akaun PM

Namun, Nazir memberitahu akhbar The Wall Street Journal bahawa beliau percaya wang itu adalah derma daripada individu dan syarikat Malaysia untuk kegunaan pilihan raya, serta tidak pasti sama ada dana itu dari sumber lain.

"Saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan bahawa dsumbangan tersebut mungkin berasal dari sumber lain,” katanya dalam laporan WSJ hari ini.

"Jumlah keseluruhan dibayar dalam bentuk tunai kepada pelbagai penerima berdasarkan arahan daripada Najib ( presiden parti umno) dan akaun berkenaan ditutup dengan baki zero," ujar Nazir.

Tambah WSJ, mereka telah melihat dokumen siasatan oleh pihak berkuasa Malaysia yang mana mendapati "majoriti" sumbangan dalam akaun itu berasal dari 1MDB.

Laporan tersebut turut menghuraikan butiran perbelanjaan peribadi yang didedahkan dalam dokumen berkenaan.

Adik Perdana Menteri, Najib Razak turut mengesahkan kepada Wall Street Jurnal dalam satu kenyataan bertulis bahawa beliau telah menerima AS$7 juta, dan dikeluarkan oleh kakitangan bank kepada ahli-ahli politik parti pemerintah mengikut arahan Najib Razak.

Selain itu, laporan itu turut berkata terdapat satu lagi pemindahan berjumlah hampir AS$ 70,000 (RM275,000) dibayar kepada Norashman ( anak perdana menteri) , pada tanggal 4 Julai, 2014.

sumber : Malaysiakini

0 Response to "Adik PM Mengaku Terima 27Juta Dari Najib Razak"

Post a Comment