Uptown Kontena Kuala Terengganu Pantai Tok Jembal

Uptown Kontena Pantai Tok Jembal Terengganu. Kini Terengganu memiliki satu lagi tarikan kepada muda mudi iaitu Dapo Pata Uptown Kontena. Bagi yang belum mengetahui, Dapur Pantai Uptown Kontena terletak di pesisir lagun Kampung Pantai Tok Jembal, Gong Badak, Derah Kuala Nerus, Terengganu.

Bazar Uptown Kontena Terengganu
Uptown Kontena Terengganu


Dapo Pata Uptown Kontena Terengganu

Dapo Pata baru sahaja dibuka yang bertempat berhampiran dengan Unisza ( Universiti Sultan Zainal Abidin ) dan UMT ( Universiti Malaysia Terengganu) , jika anda mempunyai kesempatan atau kelapangan bolehlah cuba datang  bersama kawan-kawan, keluarga, sanak saudara dan sewaktu dengannya serta memberi maklum balas kepada vendor-vendor di Dapo Pata Uptown Kontena untuk meningkatkan kualiti operasi dalam memenuhi selera da keselesaan ketika berkunjung disana.

Uptown Kontena Kuala Terengganu
Uptown Kontena Kuala Terengganu


Uptown Kontena Terengganu Bazar Makanan

Pelbagai menu disajikan disini. Untuk pengetahuan semua, ianya akan mula beroperasi mulai jam 5.00 petang sehingga 2.00 pagi setiap hari. Lokasi terbaharu santai dan berangin bagi kaki hipseter, kaki pantai, beach boy, kaki lepak, kaki dating, kaki makanan sedap, kaki romantik, berahim kaki dan lain-lain kaki lagi.

Jangan lupa untuk sebarkan maklumat tentang uptown kontena Tok Jembal ini di laman-laman sosial milik anda dan pakat mari belaka. Sekian terima kasih dan jumpa mung di nung.

0 Response to "Uptown Kontena Kuala Terengganu Pantai Tok Jembal"

Post a Comment