Temuduga Terbuka Lepasan SPM Hingga Graduan Pantai Timur

Temuduga Terbuka Lepasan SPM Hingga Graduan Peringkat Pantai Timur. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, adalah dimaklumkan bahawa program temuduga terbuka Skim Latihan 1Malaysia peringkat Pantai Timur akan diadakan pada ( klik pada imej untuk lebih jelas )  :

Temuduga Terbuka Jawatan Kosong Pantai Timur
Temuduga Terbuka Pantai Timur

Senarai Syarikat Yang Menyertai SL1M Pantai Timur

Antara syarikat yang sedang membuka pengambilan Pelatih Skim Latiah 1Malaysia adalah:

1. Khazanah Nasional Berhad
2. Tenaga Nasional Berhad
3. Maybank
4. Lembaga Tabung Haji
5. Celcom Axiata Berhad
6. Telekom Malaysia Berhad
7. TH Plantations Berhad
8. Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)
9. Permodalan Nasional Berhad (PNB)
10. Boustead Holdings Berhad
11. Sime Darby Berhad
12. Malaysia Airports Holdings Berhad

Temuduga Terbuka Jawatan Kosong Peringkat Pantai Timur

Dan dikesempatan ini juga, untuk menambah bilangan penerima manfaat dari acara open interview yang bakal dijalankan, kami dengan sukacitanya telah mempelawa syarikat-syarikat khususnya dari sekitar Pahang, Terengganu serta Kelantan yang menawarkan jawatan-jawatan kosong pelbagai bidang bagi pencari kerja di Zon Pantai Timur.

Senarai Syarikat Temuduga Terbuka Kerja Peringkat Pantai Timur

Antara syarikat yang akan berada dan membuat temu duga adalah :

1. Shin-Etsu Polymer (Malaysia) Sdn Bhd
2. Aegis BPO Malaysia Sdn Bhd
3. Kelly Services (Malaysia ) Sdn Bhd
4. QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd
5. Great Eastern Life Assurance (M) Bhd
6. AEON Co. (M) Bhd
7. Pointray (M) Sdn Bhd
8. Ziq Bakery & Cake Sdn Bhd
9. KT Skill Sdn Bhd
10. MGV Industries Sdn Bhd
11. Multimedia Development Corporation (MDeC)

Cara Dan Etika Berpakaian Ketika Menghadiri Temuduga Terbuka

Kepada yang berminat, sila hadir dengan berpakaian kemas serta bawa bersama dokumen-dokumen lengkap serta  mencukupi terutamanya dokumen penting berikut:

1. Salinan kad pengenalan
2. Resume terkini serta lengkap bergambar pasport
3. Surat Pengesahan Tamat Pengajian/ Transkrip Sementara jika belum konvo
4. Sijil-sijil akademik atau profesional

Hampir tiga ribu peluang latihan dan pekerjaan yang ditawarkan sepanjang dua hari program temu duga terbuka berlangsung. Terbuka kepada semua pencari kerja dari kelulusan SPM sehinggalah Ijazah.

Selain peluang kerjaya, peserta turut dapat melawat ke booth Talent Corporation (M) Berhad bagi mendapatkan khidmat 'resume review' dan memberikan tips-tips semasa menghadapi temuduga.

0 Response to "Temuduga Terbuka Lepasan SPM Hingga Graduan Pantai Timur"

Post a Comment