Pengulas Bola Sepak Tempatan Di Kecam Pihak Antarabangsa

Pengulas Bola Sepak Tempatan Di Kecam Pihak Antarabangsa. Pengulas sukan bola sepak Malaysia telah dikecam dunia akibat reaksi yang ditunjukkan oleh pengulas TV9 ketika aksi perlawanan diantara Pulau Pinang Menentang Pahang.

Faiz Subri Jaring Gol Cantik
Faiz Subri


Pengulas Bola Sepak Malaysia Dikritik Dunia

Menerusi maklum balas yang diperoleh dari The Sport Bible, pelbagai komen-komen pedas yang diutarakan oleh penonton video jaringan cantik Faiz Subri semasa perlawanan Liga Super Malaysia,

David Buckley menulis : "Bagaimana pengulas tersebut dapat memberi reaksi seperti dia melihat perkara ini setiap hari?".

Komen yang dilemparkan tersebut telah mendapat lebih dari dua ratus likes ( mungkin sudah meningkat ketika ini)  dan juga beberapa mesej susulan terutamanya dari rakyat Malaysia yang majoritinya bersetuju dengan komen David Buckley.

Pengulas Bola Sepak Malaysia Teruk

Mohamed Basyir pula menulis : "Begitulah pengulas Malaysia, teruk".

Kwok Weing pula menulis : "Setuju. Tiada emosi langsung semasa melihat gol yang cantik. Sangat merugikan, tolong buang pengulas ni." 

Namun terdapat juga yang tidak bersetuju dengan perkara yang dikatakan oleh mat salleh berkenaan. Adza Edie Izwan membalas "Sebenarnya, itu hanyalah tayangan ulangan".

Selepas itu, David Buckley membalas komen Adza dengan berkata walaupun sekadar ulangan, kebiasaannya pengulas di eropah tentu masih lagi teruja dengan gol yang cantik seperti gol Faiz Subri tersebut.

0 Response to "Pengulas Bola Sepak Tempatan Di Kecam Pihak Antarabangsa"

Post a Comment