Lee Kwang Soo Artis Paling Kaya Korea 2016

Lee Kwang Soo Artis Paling Kaya Korea Tahun 2016. Perwatakannya mampu membuat orang tersenyum, ketawa dan sering menjadi mangsa buli kepada kawan-kawan apabila muncul dalam program televisyen. Jadi tidak hairanlah Kwang Soo mempunyai ramai peminat bukan sahaja di negaranya sendiri malahan di seluruh negara.

Lee Kwang Soo Pelakon Paling Kaya
Lee Kwang Soo



Kwang Soo Adalah Pelakon Paling Kaya Di Korea

Pelakon program popular, Running Man, telah diangkat sebagai pelakon Korea paling kaya sekaligus memintas kedudukan pesaingnya iaitu pelakon Kim Soo Hyun. 

Baru-Baru ini, The List telah mendedahkan senarai jutawan dalam industri hiburan Korea Selatan.

Untuk senarai kali ini, ianya membariskan 8 bintang yang meraih gelaran “Chaebol” (dalam istilah Korea bermaksud paling kaya atau jutawan)
atau pendapatan tertinggi. 

Antara para aktor yang terdapat pada senarai tersebut adalah Lee Kwang Soo iaitu pelakon dan juga pengacara yang berada di kedudukan pertama dan di tempat kedua adalah Kim Soo Hyun iaitu pelakon muda yang semakin meraih populariti.

Kwang Soo, semasa di awal-awal pembabitannya dalam iklan komersial atau sebagai duta produk, beliau hanya di bayar kira-kira sebanyak 800,000 won (lebih kurang RM2900). Tetapi selepas 5 tahun meraih populariti menerusi program Running Man, gajinya telah meningkat sebanyak 200 juta won (lebih RM700,000) bagi satu iklan komersial.

Pelakon berusia 30 tahun ini turut menjadi rebutan dikalangan penerbit program-program berbahasa Cina. Dengan hanya membuat sekali saja penampilan di dalam program berbahasa Cina, beliau akan di bayar sekurang-kurangnya antara 50 juta won hingga 100 juta won (kira-kira RM18,000 hingga RM400,000). Manakala untuk muncul di dalam iklan komersial beliau akan menerima bayaran kira-kira 400 juta won (lebih kurang RM1.4 juta).

Melalui pendapatan yang diterima oleh Kwang Soo, beliau secara automatik layak digelar Chaebol di kalangan artis.

0 Response to "Lee Kwang Soo Artis Paling Kaya Korea 2016"

Post a Comment