Kisah Hidup Nik Abdul Aziz Nik Mat Bakal Di Filemkan

Kisah Hidup Nik Aziz Nik Mat Bakal Di Filemkan. Pengarah terkenal negara, Aziz M Osman melauahkan minat untuk menghasilkan filem yang berkisarkan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada suatu hari nanti.

Movie Nik Aziz Nik Mat
Nik Abdul Aziz Nik Mat


Filem Perjalanan Hidup Nik Aziz Nik Mat Akan Dikeluarkan

Namun impian tersebut dapat direalisasikan sekiranya masyarakat Malaysia bersatu dari segi hati serta pemikiran.

"Kenapa tidak kalau saya buat filem mengenai Allahyarham)? Ia tidak mustahil untuk mampu dilakukan. Dan kalau saya hendak buat filem tentang Allahyarham, saya mahu ceritakan bagaimana Allahyarham mendidik kita semua tentang soal hudud.

"Walaupun negara kita tidak mengamalkan hudud, namun Allahyarham sudahpun mengamalkan hudud secara psikologi," katanya ketika ditemui pemberita setelah tamat acara bagi program Mengenang Murobbi Ummah, di Myharakah Bazaar, hari ini.

Ditanya mengenai siapa yang akan didekati bagi menghuraikan perwatakan Allahyarham dalam filem tersebut, Aziz berkata, beliau mungkin akan melihat dari sudut pandangannya sendiri memandangnya raut wajah Allahyarham Nik Aziz seiras dengan bapanya.

"Itu saya tidak pasti lagi. Mungkin saya akan melihatnya dari sudut peribadi sendiri atau mungkin tidak. Jika ada rezeki suatu hari nanti, InsyaALLAH saya akan terbitkan filem Allahyarham," jelasnya lagi.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/hiburan/saya-boleh-buat-filem-nik-aziz-tapi-1.484685

0 Response to "Kisah Hidup Nik Abdul Aziz Nik Mat Bakal Di Filemkan"

Post a Comment