Kerajaan Lancar Rebat RM5000 Untuk Tukar Kereta Lama

Kerajaan Lancar Rebat RM5000 Untuk Tukar Kereta Lama. Pemilik kereta berusia lebih 10 tahun kini boleh mendapatkan rebat sehingga RM5,000 bagi membeli kereta yang baru, menerusi skim terbaharu yang dijangka akan membuka permohonan bermula pada bulan mac tahun ini.

Skim Tukar Kereta Lama 1Malaysia
Skim Rebat Kereta Lama



Skim Trade In Kereta Lama 1Malaysia

Malah, skim ‘trade-in’ yang dinamakan Skim Insentif Pengguna tersebut membolehkan pengguna membeli sebarang jenama kereta daripada syarikat pengeluar peralatan tulen (OEM) tempatan,walaupun kereta yang mereka mahu lupuskan tersebut adalah berlainan jenama.

Mohamad Madani Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI) berkata, perbincangan untuk menjayakan skim Insentif Pengguna sudah berada di peringkat akhir serta berpotensi untuk dilaksanakan seawal Mac ini.

Selain melibatkan kereta berusia lebih 10 tahun katanya, skim ini juga dijangka terbuka kepada pemilik-pemilik kereta yang terbabit dalam bencana banjir yang berlaku sering terjadi di Malaysia.

Sumber : Utusan Malaysia

0 Response to "Kerajaan Lancar Rebat RM5000 Untuk Tukar Kereta Lama"

Post a Comment