Cara Orang Thai Tanam Pokok Tebu

Cara Orang Thailand Tanam Pokok Tebu. Air dari tebu, tanam sekali sahaja boleh minum air selamanya (Ancient technology of Thailand) sama macam mengambil nira nipah di Malaysia. Ikuti panduan dan tips yang telah disediakan dibawah :

Cara Mudah Orang Thai Mendapatkan Air Tebu
Cara Thailand Tanam Tebu


Kaedah Orang Thailand Tanam Pokok Tebu

1. Mula-mula tanam pokok tebu dan tunggu sehingga pokok tebu tersebut mencapai usia enam bulan. 2, Setelah tempoh 6 bulan, pilih satu pokok yang sesuai.
3. Kemudian, sediakan tong cat, potong di tengah ikat serta isi dengan media tanaman/potting soil. Ikatkan tong tersebut pada besi yang ditanam di tanah dikiri kanan tong, supaya tidak tumbang atau terbalik ( boleh dirujuk pada gambar diatas).
4. Tunggu sehingga dua bulan akar akan tumbuh dalam tong yang digunakn.
5. Selepas 2 bulan, sila cantas batang tebu bawah tong tersebut secara serong 45 darjah dan lebih kurang cukup bagi meletak gelas ataupun cawan di bawahnya, air akan keluar setitik demi setitik dari batang tebu tadi. Boleh dapat dalam segelas  satu hari.
5. Untuk dapatkan air, hiris nipis batang tebu yang dipilih setiap hari.
6. Sekiranya hirisan dibatang tebu yang dibuat setiap hari, telah sampai ke tong, injak tong tersebut naik ke atas.
7. Bagi maniskan air yang dihasilkan oleh pokok tebu, letak fertilizer (tak tahu baja apa).

Diharap perkongsian mengenai teknik orang thai menanam dan mendapatkan air tebu diatas memberi manfaat kepada anda. Jangan lupa kongsikan dengan yang lain. Terima kasih dan selamat mencuba.

0 Response to "Cara Orang Thai Tanam Pokok Tebu"

Post a Comment