Borang Permohonan Tajaan Perkahwinan Perdana Kerajaan Negeri Terengganu

Borang Permohonan Tajaan Perkahwinan Perdana Kerajaan Terengganu. Adalah dimaklumkan bahawa program perkahwinan perdana tajaan kerajaan Terengganu sedang dibuka bermula 1 February hingga 15 April. Kepada yang berminat untuk menyertai program yang dianjurkan, sila ikuti cara mohon perkahwinan perdana Terengganu seperti dibawah :

Borang Kahwin Perdana Terengganu
Borang Kahwin Perdana Negeri Terengganu


Bagaimana Cara Nak Sertai Perkahwinan Perdana Negeri Terengganu

Kepada semua calon yang berminat untutk menyertai program perkahwinan yang di sponsor oleh kerajaan terengganu, bolehlah membaca syarat-syarat yang telah ditetapkan :

1. Pemohon dan pasangan berumur 18-30 tahun.
2. Perkahwinan adalah kali pertama.
3. Pasangan atau salah seorang daripadanya adalah rakyat negeri Terengganu. Pemastautin tetap yang melebihi 10 tahun, hendaklah mendapatkan pengesahan mastautin daipada Wakil Rakyat / Penghulu Mukim / Ketua Kampung.
4. Tiada rekod jenayah dan tiada masalah kesihatan yang kritikal seperti HIV, AIDS atau penyakit kelamin dan sebarang jenis penyakit yang boleh mendatangkan masalah kepada pasangan
5. Pendapatan pemohon bersama pasangan adalah RM3,000 ke bawah.
6. Pendapatan ibu bapa pasangan RM3,000 ke bawah atau penerima bantuan daripada MAIDAM
7. Mendapat restu kedua-dua ibu bapa.
8. Lulus kursus Pra Perkahwinan Modul Bersepadu Kursus Perkahwinan Islam (MBKPI) anjuran MAIDAM atau agensi yang diiktiraf oleh Kerajaan.
9. Pemohon yang berjaya hanya perlu membayar RM1,000 bagi setiap pasangan sebagai komitmen.
10. Pemohon dan pasangan bersetuju untuk bernikah pada 14 Mei, dan majlis akad nikah beramai-ramai akan diuruskan oleh JHEAT.
11. Keputusan pemilihan adalah tertakluk kepada Panel Jawatankuasa Pemilih yang dilantik dan keputusan adalah muktamad.
12. Permohonan yang layak akan dipanggil ke sesi temuduga pemilihan.
13. Sekiranya tuan/puan tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh tutup penyertaan, maka permohonan tuan/puan dianggap tidak berjaya.

Cara Mendapatkan Borang  Perkahwinan Perdana Terengganu

1. Borang permohonan boleh dibeli di Ibu Pejabat Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dan Pejabat YPKT Cawangan dengan bayaran RM2.

2. Borang hendaklah diisi dengan lengkap dan perlu dikembalikan semula sebelum/pada 15 April  bersama dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

i. Kad Pengenalan pemohon, pasangan dan ibubapa/penjaga masing-masing
ii. Slip pendapatan pemohon, pasangan dan ibubapa/penjaga masing-masing
iii. Sijil Pra-Perkahwinan Modul Bersepadu Kursus Perkahwinan Islam (MBKPI)
iv. Surat Pengesahan Pemastautin Tetap (jika perlu, bagi bukan rakyat negeri Terengganu)

Jangan lupa untuk kongsikan maklumat ini dengan yang lain dengan di laman-laman sosial milik anda atau klik pada simbol g+1 dibawah. Harap maklum dan selamat pengantin baru.

0 Response to "Borang Permohonan Tajaan Perkahwinan Perdana Kerajaan Negeri Terengganu"

Post a Comment