Pokok Kote Mamak Khasiat dan Kelebihan

Pokok Kote Mamak Khasiat dan Kelebihan.  Pokok Kote Mamak mungkin namanya sedikit lucah, namun itulah nama gelarannya dikalangan  masyarakat Malaysia. Rasanya, sudah ramai yang mengenali pokok kotey mamak kerana ianya banyak digunakan sebagai landskap dibandar-bandar besar di seluruh negara tetapi tidak mengetahui nama pokok tersebut. Jom ikuti sedikit info tentang pokok kote mamak.

Gambar Pokok Kote Mamak
Pokok Kote Mamak


Keunikan Pokok Kotey Mamak


Pokok Kotey Mamak Gambar
Gambar Pokok Kotey Mamak

Pokok Kote Mamak atau nama saintifiknya Cassia grandis adalah salah satu daripada beberapa spesis dari keluarga Fabaceae. Tumbuhan ini turut dikenali sebagai Pink Shower Tree atau Carao bagi orang Sepanyol dikatakan berasal dari Venezuela, Mexico, Surinam, Brazil dan Ecuador yang boleh mencapai ketinggian sehingga 30 meter.

Pokok ini banyak terdapat di kawasan pinggir hutan Malaysia tetapi kini ianya ditanam sebagai tanaman landskap dan hiasan disebabkan sifatnya yang agak besar dan rendang. Dikhabarkan semasa musim kering, daun-daun tua pokok kote mamak akan memberi laluan kepada bunga yang berwarna merah jambu.

Khasiat Dan Kelebihan Pokok Kote Mamak


Buah Kote Mamak Gambar
Buah Kote Mamak


Dari segi perubatan tumbuhan kote mamak dikatakan mampu melegakan penyakit anemia dan menambah zat besi dalam darah manusia. Selain itu, akar dan daunnya mengandungi cecair antiseptik serta bunganya banyak digunakan dalam perubatan tradisional.

0 Response to "Pokok Kote Mamak Khasiat dan Kelebihan"

Post a Comment