Dramanovel Duda Terlajak Laris Episod Full

Dramanovel Duda Terlajak Laris Episod Full. Tonton dan download drama adaptasi novel Duda Terlajak Laris karya Aifa Batrisya.

Duda Terlajak Laris Full Episode
Duda Terlajak Laris


Drama Duda Terlajak Laris Episode Full

Sinopsis novel Duda Terlajak Laris, Bagaimanakah perasaan anda saat disuruh berkahwin ketika baru berumur 18 tahun dan selepas itu terpaksa menduda  semasa usia perkahwinan baru menjangkau dua tahun?

Begitulah situasi yang terpaksa dijalani oleh Zack walaupun dalam keadaan separuh rela. Rela pun beliau dengan perkahwinan tersebut pun hanya kerana beliau memikirkan air muka tok ayah, imam masjid Batu 5 dan juga merupakan insan kesayangannya. Kerana sebiji mentol, hidupnya bertukar huru-hara dek perangkap adik angkat sahabatnya Bob yang bernama Pehah.

“Dan aku harap walau jauh mana pun kau pergi, suatu hari nanti kau tetap akan datang cari aku. Itu doa aku kepada mu,” Pehah.

“Pehah, Pehah. Dunia ni memang bulat. Namun, bulat macam mana pun, tidak bermakna pusing- pusing aku terpaksa jumpa kau juga. Masih banyak  lagi perempuan dalam dunia yang aku boleh jumpa. Kau bagilah peluang dekat aku jumpa yang ala-ala Izara Aishah ke, Siti Nurhaliza ke. Ini takk, kau harap aku jumpa kau lagi jugak. Memang kurang bernasib baiklah aku kalau begitu ceritanya. Aduyaii.” Zack.

Adakah dia bad luck? Lapan tahun pun berlalu, tapi jangankan Siti Nurhaliza atau Izara Aishah, yang ala- ala itu pun Zack tak pernah jumpa. Phewww! Takkan dia dah terkena sumpahan Pehah? Atau mungkin menjadi duda yang terlajak laris itu menjadi satu batu penghalang untuk Zack bertemu dengan pemilik tulang rusuknya yang sebelah lagi itu apabila hubungannya tak pernah kekal sehingga ke jenjang pelamin?

“Tak. aku okey je. Aku tak kisah pun sama ada kau ni teruna atau duda sebab aku tidak pernah letak syarat apa-apa dekat bakal calon suami aku. Dan, jika ada pun syaratnya cuma satu. Orangnya mesti Zafran Aldrin  (Zack ),” Idayu.

Bagaimanakah kesudahannya kisah duda terlajak yang agak laris ini? Adakah beliau akan berkahwin dengan Idayu atau sebaliknya?

> Tonton Drama Duda Terlajak Laris Full Episod

0 Response to "Dramanovel Duda Terlajak Laris Episod Full"

Post a Comment