Resepi Roti Arab Yang Mudah dan Gebu

Resepi Roti Arab Yang Mudah dan Gebu.  Bagaimana untuk menyediakan menu roti arab dengan cara yang paling mudah namun rasanya ala-ala chef hotel gitu? Ikuti perkongsian tentang resipi buat roti arab dengan senang dan secara "homemade" dibawah :

Roti Arab Resepi
Roti Arab


Bahan Untuk Sediakan Roti Arab Yang Sedap

1. Lima ratus gram tepung gandum 
2. Sepaket ibu roti ataupun sebelas gram yis
3. Satu cubit garam 
4. Secawan air atau secukupnya

Cara Masak Roti Arabic Yang Ringkas

1. Pertama, sila gaul tepung gandum bersama yis serta garam. Gaulkanya sehingga kering.
2. Kemudian, masukkan air secara sikit-sikit sambil uli tepung tersebut hingga sebati ( pastikan adunan tidak menjadi terlalu lembik. Teruskan menguli sehingga tepung sudah tidak melekat di tangan.
3. Ketiga, bulatkan doh yang telah disediakan tadi sebesar saiz penutup botol minyak masak 5 liter.
4 . Biarkan doh naik satu kali ganda, selepas lebih kurang 10 minit, ambil satu-satu doh tersebut dan lenyek diatas dulang atau papan potong.
5. Akhir sekali, masakkan atas kuali rata. Jika elok adunan yang dibuat dan betul cara lenyek doh, nanti rotinya akan naik cantik.

Itulah sahaja tips untuk memasak roti arab yang sedap untuk santapan bersama keluarga tercinta ataupun bagi menjamu tetamu yang datang ke rumah anda. Mudah bukan resipi cara masak roti arab ni? Entah-entah Sheila Rusly atau Chef Wan pun belum tahu tentang rahsia roti arab mudah ini. Oklah, selamat mencuba semua. Salam.

0 Response to "Resepi Roti Arab Yang Mudah dan Gebu"

Post a Comment