Resepi Ayam Bakar Pandan Yang Sedap Dan Mudah

Resepi Ayam Bakar Pandan Yang Sedap Dan Mudah. Dikongsikan resepi bagi menyediakan ayam berempah bungkus daun pandan yang menyihatkan dan mampu mempu membuka selera sesiapa sahaja. Ikuti tips untuk menyediakan ayam bakar pandan dibawah :

Ayam Bakar Pandan Resepi
Ayam Bakar Pandan


Bahan Untuk Perap Ayam Bakar Pandan : 

  1. Enam ketul dada ayam ( potong tebal sikit )
  2. Dua ulas bawang merah
  3. Tiga ulas bawang putih
  4. Dua batang serai
  5. Dua setengah sudu besar sos tiram
  6. Sesudu serbuk kunyit
  7. Sesudu teh lada sulah
  8. Gula dan garam sesedap rasa


Cara Buat Ayam Pandan Bakar Ala Chef Hotel

1. Sila kisarkan semua bahan yang disebutkan diatas, 
2. Kemudian gaulkan bersama ayam,
3. Perap dalam masa dua hingga tiga jam.
4. Selepas itu, bungkuskan ayam yang sudah diperap ke dalam daun pandan (  buat macam ketupat )
5. Akhir sekali, bakar ayam tersebut.

Sekarang, siap. Itulah sedikit perkongsian tentang resipi dan langkah-langkah masak ayam bakar pandan yang mudah dan sedap untuk anda. Selamat mencuba dan menjamu selera. Terima kasih.

0 Response to "Resepi Ayam Bakar Pandan Yang Sedap Dan Mudah"

Post a Comment