Perhimpunan Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia

Perhimpunan Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia (Perhimpunan Haram ). Tahukah anda bahawa perhimpunan haram adalah satu kesalahan dibawah Sek 14 Kanun Keseksaan ( Perhimpuan Yang Menyalahi Undang- Undang)? Berikut merupakan penerangan lanjut tentang Akta Peraturan Perhimpunan Haram di Malaysia.

Undang-Undang Perhimpunan Malaysia
Undang-Undang Berhimpun di Malaysia


Definisi Perhimpunan Haram

Suatu perhimpunan yang disertai sebanyak 5 orang peserta dan keatas adalah dinamakan suatu perhimpunan yang menyalahi undang-undang negara Malaysia ( Sek 141 Kanun Keseksaan) jika orang yang turut terlibat dalam perhimpunan tersebut bertujuan untuk :

a) Dengan kekerasan jenayah, atau dengan mempamerkan kekerasan bagi mempertakutkan Kerajaan Malaysia atau Kerajaan mana-mana Negeri, atau mana-mana penjawat awam yang menjalankan kuasanya yang sah di sisi undang-undang negara Malaysia

b) Mahu menentang undang-undang yang dilaksanakan.

c) Ingin melakukan sebarang pencerobohan jenayah atau khianat, atau lain-lain kesalahan

d) menggunakan jalan kekerasan jenayah atau dengan menunjukkan kekerasan jenayah kepada seseorang, hendak melucutkan hak seseorang menggunakan mana-mana jalan atau haknya menggunakan air atau lain-lain hak yang tak zahir yang       ada dimilikinya atau yang ada padanya, atau hendak menjalankan apa-apa hak yang ada atau apa-apa hak yang disangkakan ada; atau

e) dengan jalan kekerasan jenayah atau dengan mempamerkan kekerasan jenayah, mahu memaksa seseorang melakukan sesuatu yang dia tidak dipaksa melakukannya di sisi undang-undang, atau meninggalkan daripada melakukan sesuatu yang dia berhak di sisi undang-undang melakukan.

0 Response to "Perhimpunan Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia"

Post a Comment