Mangsa Culik Nur Amirah Ditemui Selamat Bersama Kekasih

Mangsa culik Nur Amirah Athirah Ditemui Selamat Bersama Teman Lelaki. Sebuah laman sosial yang diberi nama Pertubuhan Anak Polis Malaysia telah mendakwa Nur Amirah Atahirah, 14 tahun, yang dikhabarkan menjadi mangsa culik telah lari mengikut teman lelakinya dan berada dalam keadaan selamat.

Mangsa Culik Viral


Mangsa Culik Klang Lari Dengan Teman Lelaki

Kes penculikan yang berlaku terhadap seorang remaja berusia 14 tahun iaitu Nur Amirah Athirah didakwa adalah palsu dan rekaan semata-mata oleh laman sosial Pertubuhan Anak Polis Malaysia selepas beliau dikatakan berada dalam keadaan selamat bersama teman lelakinya.


.
Kisah penculikan yang berlaku di Klang ini bukan sahaja telah menjadi viral di laman sosial  malahan turut menarik perhatian pihak televisyen, radio dan akhbar. 

Terbaru, pihak Polis Diraja Malaysia ( PDRM ) telah mengeluarkan kenyataan bahawa berita penculikan ini adalah palsu dan tuan punya badan ditemui bersama kekasih di Putrajaya dan telah ditahan di hadapan stesen minyak oleh anggota yang bertugas.

Sumber: fb

0 Response to "Mangsa Culik Nur Amirah Ditemui Selamat Bersama Kekasih"

Post a Comment