Khasiat Teh Hijau Pudina

Resepi dan Khasiat Teh Hijau Pudina. Aromanya yang menyegarkan dan rasanya yang unik telah membuatkan air teh pudina menjadi tidak asing lagi bagi masyarakat kita.Ditambah, air teh pudina mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Penanaman pokok pudina juga tidak rumit kerana ianya merupakan sejenis tumbuhan yang senang hidup. Jesteru, dikongsikan bagaimana cara untuk memproses daun pudina yang ditanam dirumah dan kebaikan teh pudina kepada tubuh badan manusia.

Air Teh Hijau Pudina Banyak Khasiat
Teh Hijau Pudina



Cara Proses Daun Pudina Dengan Mudah

1. Sila petik daun Pudina yang telah matang.
2. Kemudian, basuh dan bilas daun tersebut serta sejatkan.
3. Ketiga, asingkan daun daun Pudina dari batangnya.
4. Selepas itu, jemurkannya tanpa cahaya matahari dalam tempoh masa tiga hingga tujuah hari.
5. Simpankan daun teh pudina tadi dalam bekas yang kedap udara.

Kelebihan Teh Hijau Pudina

1. Amalkan minum air teh pudina sebelum tidur dapat melegakan kejang otot
2. Mampu membantu anda mendapatkan tidur yang lebih selesa.
3. Aliran hempedu menjadi lebih baik.
4. Menolong pencernaan lemak.
5. Menthol dalam daun pudina sangat berkesan dalam menghapuskan kahak dan mukus.
6. Mampu untuk melegakan demam.
7. Dapat melegakan tekanan melalui aroma yang terhasil.
8. Dan lain-lain lagi.

Resipi Air Teh Pudina Dengan Senang

1. Buat air teh seperti biasa
2. Masukkan beberapa helai daun pudina

Semoga perkongsian tentang khasiat air teh pudina untuk kesihatan dapat memberi manfaat kepada anda. Jangan lupa kongsikan juga kepada mereka yang lain ya. Terima kasih.

0 Response to "Khasiat Teh Hijau Pudina"

Post a Comment