Jose Mourinho Jurulatih Manchester United Yang Baru

Jose Mourinho Jurulatih Manchester United Yang Baru. Jose Mourinho dikhabarkan bersedia untuk memegang jawatan sebagai pengurus Manchester United yang kini disandang Louis Van Gaal sekiranya beliau dipecat sebagai ketua jurulatih dalam tempoh terdekat.

Jose Mourinho
Jose Mourinho Dan Manchester United

Khabar angin Van Gaal akan dipecat dari jawatan ketua jurulatih Man United semakin bertiup kencang setelah kelab bola sepak liga perdana inggeris tewas buat kali ketiga berturut-turut serta gagal mencapai kemenangan bagi mengutip mata penuh dalam enam perlawanan sebelum ini. 

Pihak pengurusan tertinggi United akan memberi peluang terakhir pada pertemuan 'boxing day' menentang Stoke City sebelum pemecatan dibuat. United terpaksa memecat Van Gaal sekiranya tewas kepada pasukan Stoke disebabkan kekalahan tersebut akan membuatkan kelab MU keciciran mata dan seterusnya tertinggal jauh daripada kedudukan empat pasukan teratas Liga Perdana Inggeris.

Walaupun Jose Mourinho baru dipecat kelab Chelsea pada minggu lalu, tetapi namanya antara yang disebut bakal menggantikan Van Gaal, selain Ryan Giggs yang juga merupakan penolong jurulatih pasukan Manchester United ketika ini.

Mourinho juga dilkatakan ada memberitahu kepada sahabatnya bahawa beliau berpeluang dilantik untuk mengurus United jika kelab tersebut terus tewas.

Jose Morinho Ke Manchester United

Umum mengetahui bahawa, Jose Mourinho pernah menyatakan impiannya untuk melatih pasukan Manchester United ketika beliau bersama Real Madrid.

Namun, impian tersebut tidak mudah dicapai kerana Sir Bobby Charlton ( lagenda dan orang paling berpengaruh serta dihormati di Manchester United ) berkeras untuk menolak penghijrahan Jose Mourinho ke Manchester United kerana merasakan Jose bakal merosakkan tradisi kelab dengan menerapkan corak permainan yang negetif serta membosankan.

Sir Alex Forgusen Sokong Jose Mourinho Kendali Man United

Walaupun Sir Bobby Charlton tidak bersetuju untuk melantik Jose Morinho sebagai pengurus baru Manchester United, tetapi  Sir Alex Forgusen telah menyatakan minatnya untuk membawa bekas pengurus pasukan Chelsea itu ke Old Trafford.

0 Response to "Jose Mourinho Jurulatih Manchester United Yang Baru"

Post a Comment