Cara Syarat Kelayakan Mohon Rumah Mampu Milik Terengganu

Syarat Kelayakan Dan Cara Mohon Rumah Mampu Milik ( RMM ) Terengganu.  Kerajaan Negeri Terengganu mempelawa semua warganegara yang berminat dan berkelayakan untuk membuat permohonan bagi mendapatkan rumah mampu milik atau kos rendah yang sedang dibuka seperti maklumat yang paparkan.


Rumah Mampu Milik Kos Rendah Terengganu
Rumah Mampu Milik Terengganu


Syarat-syarat Kelayakan Mohon Rumah Kos Mampu Milik


  • 90% Diperuntukkan kepada golongan yang telah berkahwin dan 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang
  • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia ( keutamaan kepada rakyat negeri Terengganu )
  • Berumur 18 tahun sehingga 50 tahun sahaja layak memohon
  • Pemohon dan isteri belum memiliki rumah
  • Pemohon dan isteri tidak pernah menerima bantuan atau anugerah tanah kediaman daripada pihak kerajaan
  • Pendapatan sebualan isi rumah (pemohon dan isteri) tidak melebihi RM3000.
  • Pemohon dan isteri dari penjawat awam gred 1 sehingga 22 sahaja yang layak memohon
  • Anggota beruniform bertugas di luar kawasan (luar Terengganu) layak dipertimbangkan
  • Isteri kedua atau ketiga atau keempat layak dipertimbangkan jika mempunyai pendapatan sendiri
  • Pemohon berumur 50 tahun ke atas layak dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga terdekat
  • Kelulusan khas akan dipertimbangkan bagi penduduk yang terlibat dengan bencana kebakaran atau alam atau pengambilan balik tanah oleh pihak kerajaan

Cara Mohon Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri

Kepada yang berminat dan memenuhi syarat. Sila majukan permohonan melalui pautan yang telah disediakan dibawah. Tarikh Tutup adalah pada 30 November 2015.


Bantu kami sebarkan maklumat ini kepada yang lain dengan kongsikannya di laman-laman sosial milik anda. Terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan. Harap maklum.

0 Response to "Cara Syarat Kelayakan Mohon Rumah Mampu Milik Terengganu"

Post a Comment