Resepi Puding Laici Susu Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Puding Laici Susu Yang Mudah Dan Sedap. Dibawah merupakan resipi untuk menyediakan agar-agar atau puding laici susu yang ringkas dan enak. Ikuti lbagaimana cara untuk membuat beleda laici susu yang disediakan dibawah.

Resipi Puding Laici Susu
Puding Laici Susu


Bahan-bahan Menyediakan Puding Laici Susu
  1. Dua puluh gram serbuk agar-agar
  2. Satu liter air bersama ( campur sekali dengan air laici dalam tin)
  3. Dua ratus gram gula
  4. Enam ratus (ml ) susu cair atau segar
  5. Satu tin laici
Cara Membuat Puding Laici Susu Ala Chef Hotel

1. Sila rendam seketika serbuk agar-agar supaya menjadi lembut.
2. Kemudian, masukkan agar-agar serta air ke dalam periuk. Masak sehingga agar-agar hancur.
3. Masukkan gula dan air laici. Kacau sehingga hancur.
4. Kemudian masukkan fresh milk dan laici yang telah di hiris halus.
5.Kacau dan bila mendidih tutup api.
6. Masukkan ke dalam acuan dan biarkan beku.
7. Simpan dalam peti ais buat seketika.

Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan resipi diatas dengan yang lain. Terima kasih.

0 Response to "Resepi Puding Laici Susu Yang Mudah Dan Sedap"

Post a Comment