Panduan Cara Elak Dari Menjadi Mangsa Jenayah Scam Call

Panduan Cara Elak Dari Menjadi Mangsa Jenayah Scam Call. Polis Diraja Malaysia mengingatkan agar semua warganegara mengelak dari mangsa kepada jenayah Scam Call yang dilakukan oleh individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab demi mengaut keuntungan daripada mangsa. Bagaimana cara untuk tidak menjadi mangsa kepada Sindiket Scam Call? Ikuti langkah-langkah yang telah disediakan dibawah.

Bahaya Scam Call Kepada Anda
Scam Call


Apa Itu Scam Call?

Scam Call merupakan panggilan telefon palsu yang dibuat ke nombor telefon anda daripada individu atau sindiket yang biasanya menjalankan aktiviti jenayah melalui telefon bagi memperdayakan mangsa demi mengaut keuntungan. Mangsa yang membuat panggilan semula ke nombor berkenaan akan dikenakan caj panggilan yang tinggi dan tersembunyi oleh pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang digunakan.

Modus Operandi Scam Call

Strategi yang digunapakai adalah individu atau sendikit ( juga turut dikenali sebagai Fraudster ) akan membuat panggilan masuk ke telefon anda dalam bentuk "Missed Call" dengan menggunakan nombor telefon (Caller ID) +265882615017 atau +265882615012. Sesiapa yang membuat panggilan semula ke nombor tersebut akan menjadi mangsa dan akan dikenakan cas panggilan yang tinggi dan tersembunyi oleh pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi  yang digunapakai oleh pihak penjenayah tersebut.

Tips Hindar Diri Dari Terkena Scam Call 

Bagi mengelak anda menjadi salah seorang daripada mangsa penipuan Scam Call :

  • Anda dinasihatkan supaya, jangan sesekali membuat panggilan semula kepada nombor-nombor telefon antarabangsa yang tidak anda dikenali.
  • Sila kunjungi website seperti http://www.unknownnumbers.com/ atau http://www.stopting.us/ bagi mendapatkan maklumat details tentang nombor telefon antarabangsa yang tidak dikenali.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua, jika anda merasakan artikel tentang jenayah scam call turut berguna kepada yang lain. Bantu kami sebarkan dengan klik pada simbol g+1 atau kongsikan dimana-mana laman sosial milik anda. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

0 Response to "Panduan Cara Elak Dari Menjadi Mangsa Jenayah Scam Call"

Post a Comment