Resipi Tau Fu Fa Yang Mudah Dan Gebu

Resipi Tau Fu Fa Yang Mudah Dan Gebu. Apakah resipi dan cara-cara untuk membuat tau fu fa yang sedap dan gebu? Ikuti panduan tentang langkah-langkah untuk membuat tau fu fa yang telah disediakan dibawah :

Tips Buat Tau Fu Fa
Resipi Tau Fu Fa

Bahan-bahannya Membuat Tau Fu Fa

Dua ratus lima puluh gram Kacang soya yang telah di rendam selama empat jam atau lebih
Seliter air
Sesudu teh gipsum powder
Sesudu besar tepung jagung dan satu per empat cawan air panas

Cara Membuat Air Gula Tau Fu Fa

Rebuskanan air gula bersama daun pandan. Jika ada gula melaka lagi baik.

Cara Menyediakan Tau Fu Fa

1. Kisar kacang soya dengan air. Perah air soya pakai penapis teh tarik atau penapis yg sesuai.
2. Masak perahan soya sehingga mendidih dan biar seketika ( lama sikit pun takpe ).
3. Bancuh tepung jagung, gypsum powder, dan air. Masukkan ke dalam bekas.
4. Tuangkan rebusan air kacang soya tersebut ke dalam bekas yang berisi gypsum powder. Biarkan disekejap hingga sejuk. Amaran, jangan sesekali cuba kacau pati soya tersebut dengan bancuhan gypsum powder. Biarkan sahaja, bimbang nanti cair dan tidak menjadi.
5. Apabila ianya sudah sejuk, maka bolehlah masukkannya ke dalam peti ais. Kemudian,makan dengan air gula yang telah dibuat tadi.

Kalau tak silap, disebelah pantai timur ada juga yang memanggil tau fu fa ini sebagai isi tauhu, kalau tak silap la.Apa-apa pun selamat mencuba dan jangan lupa klik pada simbol g+1 untuk membantu kami menyebarkan resipi ini kepada yang lain. Sekian, terima kasih.

0 Response to "Resipi Tau Fu Fa Yang Mudah Dan Gebu"

Post a Comment