Resipi Durian Crepe Yang Sedap Dan Gebu

Resipi Durian Crepe Yang Sedap Dan Gebu. Bagaimana cara untuk membuat durian crepe untuk dimakan sendiri atau untuk diniagakan. Ikuti tutorial lengkap kaedah membuat durian crepe yang disediakan dibawah :

Durian Crepe Yang Mudah dan Gebu
Durian Crepe


Bahan-bahan Untuk Membuat Durian Crepe

  • Setengah cawan tepung gandum ~ 85 gm
  • Satu setengah sudu makan tepung jagung atau tepung kastard
  • Setengah cawan gula  ( anggaran 2 sudu besar )
  • Empat biji kuning telur
  • Tiga cawan susu ( susu segar atau susu cair )
  • Tiga puluh gram butter
  • Sesudu teh aisen vanilla
  • Secubit garam
  • Secukup rasa Non Dairy Whipping Cream


Cara Menyediakan Durian Crepe Yang Sedap dan Mudah

1. Sila ayakkan tepung yang disediakan terlebih dahulu
2. Masukkan tepung dengan gula dalam satu bekas
3. Masukkan empat biji kuning telur dan secawan susu.
4. Gaul atau kacaukannya hingga sebati adunan tersebut
5. Masukkan baki susu ( semua), serta secubit garam dan aisen vanilla. Kacaukannya sehingga rata.
6. Letak atas dapur dan panaskannya menggunakan api yang sederhana hingga adunan itu pekat.
7. Kacau perlahan-lahan supaya adunan tidak berkerak dan hangit.
8. Bila adunan mula meletup-letup tutup api dengan kadar segera
9. Masukkkan butter dan kacau adunan hingg menjadi licin atau berkilat.
10. Biarkan masakan tersebut sejuk. Selepas sejuk, simpankanya dalam peti ais hingga dingin

Sedikit nota, jika anda mahukan seperti yang dijual di kedai atau mana-mana agen jualan online, guna sahaja resipi diatas dan tambahkan isi durian. Sekian, selamat mencuba.

0 Response to "Resipi Durian Crepe Yang Sedap Dan Gebu"

Post a Comment