Alarm Kereta Sebagai Isyarat Kecemasan

Alarm Kereta Sebagai Isyarat Kecemasan. Pesan kepada isteri, anak-anak, saudara-mara, jiran tetangga, ibu bapa, adik-beradik dan sesiapa saja agar letakkan kunci kereta mereka di bahagian tepi katil atau ditempat yang mudah dicapai sewaktu hendak tidur. Jangan lupa juga untuk sentiasa kunci pintu bilik tidur anda.

Tips Alarm Kereta
Alarm Kereta Untuk Minta Bantuan


Bunyikan Alarm Kereta Jika Rumah Di Masuk Pencuri 

Jika terdengar apa-apa bunyi bising di luar rumah atau ada org cuba memecah masuk rumah, tekan saja butang panik yang terdapat pada kunci kereta.

Maka, alat penggera keselamatan kereta ( alarm )  anda akan berbunyi dan hon juga akan terus berbunyi sehinggalah ianya dimatikan atau bateri habis bagi menarik perhatian orang yang berada berdekatan untuk membantu anda. Ianya adalah sistem alarm sudah sedia ada. Boleh didengari di mana-mana saja dalam dan luar rumah serta kawasan berdekatan.

Berkesan kalau kereta anda diletakkan di hadapan rumah atau dalam garaj. Bila alat penggera keselamatan kereta berbunyi ketika seseorang cuba memecah masuk rumah anda, secara tidak langsung pasti tidak akan tunggu lama kerana mengetahui perbuatannya itu dihidu oleh tuan rumah.

Mungkin juga terdapat jiran yang berdekatan dapat menghulurkan bantuan dengan segera selepas terdengar bunyi dari alat penggera keselamatan tersebut.

Alarm Kereta Untuk Elak Menjadi Mangsa Penjenayah

Jangan lupa juga untuk membawa kunci kereta ketika berjalan sendirian ke kawasan letak kereta yang jauh dan sunyi. Mungkin kita dapat terhindar daripada menjadi mangsa penjenayah seperti rogol, rompakan dan lain-lain lagi. Gunakan kaedah yang sama seperti diatas.

Alarm Kereta Untuk Minta Bantuan

Selain itu, ianya turut berguna untuk tujuan kecemasan. Misalnya, jika seseorang sedang terkena serangan jantung namun telefon bimbit tidak ditemui untuk mendapatkan pertolongan segera. Mungkin akan ada orang berhampiran yang datang menghulurkan bantuan.

Tolong bantu kami sebarkan (walaupun sebelum ini anda pernah mendengar atau baca kaedah ini sebagai peringatan ) tentang maklumat ini kepada mereka yang lain agar mereka mengetahui tentang isyarat yang diberikan menggunakan alat penggera keselamatan kereta di masa-masa yang disebutkan diatas dengan :

1. Klik pada simbol g+1 atau 
2. Share di mana-mana laman sosial milik anda. 

Kerjasama anda menyebarkan perkara diatas mungkin mampu mencegah perbuatan jenayah, menyelamatkan nyawa dan yang sewaktu dengannya. Terima kasih.

0 Response to "Alarm Kereta Sebagai Isyarat Kecemasan"

Post a Comment