Resipi dan Cara Masak Ikan Sweet Sour Yang Sedap

Resipi Ikan Masak Sweet Sour Yang Sedap. Dibawah merupakan resipi dan cara-cara untuk memasak ikan masam manis ataupun sweet sour yang enak dan lazat.

Ikan Masam Manis
Resipi Kerapu Masak Masam Manis


Bahan-Bahan Untuk Masak Ikan Masam Manis :

-Seekor ikan Kerapu
-Satu per empat cawan sos cili
-setengah cawan sos tomato
-dua sudu besar sos tiram
-Serbuk kunyit
-Minyak untuk menggoreng
-empat ulas bawang merah yang sudah ditumbuk lumat
-garam secukup rasa 
-tiga ulas bawang putih yang sudah ditumbuk lumat
-setengah batang lobak merah dipotong kiub
-setengah batang timun yang telah dibuang biji dan dipotong dalam bentuk kiub
-satu biji tomato dibuang biji dan  dipotong dalam bentuk kiub
-satu potong nenas yang telah dipotong dalam bentuk kiub
- setengah cawan air

Langkah-langkah Menyediakan Ikan Kerapu Masak Sweet Sour Yang Best :

1. Sila panaskan minyak dan gorengkan ikan kerapu yang telah diletakkan dengan sedikit garam dan sedikit kunyit
2. Bila ikan sudah masak, angkat dan ketepikan.
3. Panaskan kembali minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
4. Selepas itu, masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram. Gaul sesesedap.
5.Tambahkan air dan masukkan lobak merah, timun, nanas dan tomato.
6.Tambahkan garam secukup rasa dan biarkan kuah menjadi sedikit pekat.
7. Angkat dan tuangkan ke atas ikan kerapu tadi.

Tambahan :

Antara bahan-bahan lain yang boleh dicampur adalah kubis bunga, baby corn, lada benggala dan sebagainya.

Lain-lain Resipi :



Selamat mencuba.

0 Response to "Resipi dan Cara Masak Ikan Sweet Sour Yang Sedap"

Post a Comment