Sendiket Seludup-Panduan Cara mudah Lepas Pemeriksaan Kastam

Cara Bagaimana untuk  Lepas Pemeriksaan Kastam di Sempadan dan Kawasan Bebas Cukai Tanpa Perlu Membayar Cukai.

Langkah mudah Lepas Pemeriksaan Kastam tanpa bayar Cukai
Seludup

Bongkar Cara Sindiket Seludup Barang Elak Cukai

Setiap hari Pak Cik Lang melalui sempadan Siam dengan menunggang motosikal bersama beberapa guni besar tersandang di belakang motosikalnya.

Setibanya di pondok kastam, seorang Pegawai Kastam telah menahannya untuk tujuan pemeriksaan kastam, lalu bertanya, "Apa mende yang ada dalam beg tu?", "Pasir," jawab Pak Cik Lang."Sila turun dari motor, kami mahu lihat samaada betul atau tidak kau bawa pasir!" Pegawai Kastam tersebut terus mengambil guni-guni tersebut dan dengan pantas membukanya.

Sementara pemeriksaan dilakukan, Pak Cik Lang telah ditahan di lokap semalaman bagi tujuan siasatan. Setelah dijalankan ujikaji dengan diteliti, ternyata keputusan menunjukkan pasir yang dibawa oleh Pak Cik Lang memang pasir tulen dan tiada bahan lain selain dari pasir semata-mata.

Jesteru, Pak Cik Lang telah dibebaskan bersama guni yang berisi pasir  serta beliau dibenarkan melalui sempadan Malaysia untuk ke Siam. 

Esoknya Pak Cik Lang terus dengan aktiviti penyeludupan rahsia nya dan perkara yang sama berlaku. Pegawai Kastam bertanya, "Apa yang kau bawa pula hari ini?", "Pasir" jawab Pak Cik Lang selamba.

Pegawai Kastam tersebut tidak berpuas hati, sekali lagi dia membuat pemeriksaan, namun guni tersebut tidak mengandungi benda lain selain daripada pasir semata-mata. Maka Pak Cik Lang berjaya melepasi pemeriksaan kastam sekali lagi dan dibenarkan melalui sempadan dengan motosikalnya.

Hal ini berlaku berulang kali setiap hari selama 30 tahun. Akhirnya pegawai kastam itu telah pun bersara dan tidak lagi berkhidmat sebagai pengawal sempadan.

Pada suatu hari secara kebetulan dia berjumpa dengan Pak Cik Lang di Rantau Panjang. Pegawai Kastam itu mengajak Pak Cik Lang minum di sebuah kedai.Pegawai Kastam itu pun bertanya, "Aku hairan tengok mu seberang sempadan setiap hari tapi cuma bawa pasir, sebenarnya apa yang kau seludup?"

"Motosikal" jawab Pak Cik Lang ringkas.

0 Response to "Sendiket Seludup-Panduan Cara mudah Lepas Pemeriksaan Kastam"

Post a Comment