Panduan Memohon Mempercepatkan Tahun Giliran Menunaikan Haji

Panduan Memohon Mempercepatkan Tahun Giliran Menunaikan Haji. Bagi bakal haji yang mana tahun giliran menunaikan hajinya masih jauh, anda disarankan untuk mengemukakan permohonan surat rasmi rayuan haji pada tahun semasa. Ini kerana, rayuan haji hanya sah pada tahun semasa sahaja untuk pertimbangan selanjutnya. 

Rayuan Tabung Haji
TH Tabung Haji


Cara Membuat Rayuan Haji di Tabung Haji

Walaubagaimanapun, tawaran haji adalah tertakluk kepada kekosongan tahun semasa dan tawaran haji akan dikeluarkan secara berperingkat-peringkat sehingga akhir Ramadhan. 

Bagi permohonan rayuan haji, sila kemukakan surat rayuan dalam format surat rasmi yang lengkap bertandatangan kepada: 

Alamat Bahagian Operasi Domestik Tabung Haji

Bahagian Operasi Domestik, 
Lembaga Tabung Haji,
Lantai 30,
Bangunan Ibu Pejabat TH,
201 Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.

Isi kandungan surat rayuan

i. Nama penuh 
ii. Nombor akaun TH
iii. Nombor MyKad
iv. Tujuan rayuan 
v. Tandatangan

Bakal Haji juga boleh melampirkan dokumen berkaitan sebagai sokongan kepada rayuan tersebut. 

Surat rasmi rayuan tersebut boleh dihantar ke Tabung Haji Contact Center (THCC) melalui: 

i. E-mel - th-info@lth.gov.my
ii. Faks 03-77284959, atau
iii. Menghantar surat rayuan haji ke mana-mana cawangan TH berhampiran.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Tabung Haji Contact Center (THCC) di talian 03-62071919 – THCC

sumber :fb

0 Response to "Panduan Memohon Mempercepatkan Tahun Giliran Menunaikan Haji"

Post a Comment