Khasiat Pokok Telinga Kera

Khasiat Pokok Telinga Kera Terutama Kepada Pesakit Sakit Buah Pinggang. Pokok Telinga Kera baik untuk rawatan sakit buah pinggang dan juga melancarkan peredaran darah serta melawaskan pembuangan air kencing.


Khasiat Pokok Telinga Kera
Telinga Kera



Telinga Kera Ubat Tradisional Orang Cina Sakit Pinggang

Nak kongsi sedikit tentang khasiat Pokok Telinga Kera. Pokok Telinga Kera bagus dalam merawat sakit buah pinggang dan melancarkan peredaran darah ( yang sihat pun boleh minum ). Selain itu, air rebusan daun periuk kera juga mampu untuk  melawaskan pembuangan air kencing.

Petua ini dapat dari seorang rakan. Katanya, beliau pula mendapat tahu tentang khasiat pokok telinga kera ini daripada  doktor buah pinggang berbangsa cina.

Bahan- Bahan Untuk Membuat Air Rebusan Pokok Telinga Kera

Untuk buat air minuman.. 
1. 20 helai daun telinga kera 
2. 1 kg kurma cina merah

Panduan dan Cara Penyediaan Air Pokok Telinga Kera

-Daun telinga kera cuci bersih. Masukkan dalam periuk. Rebus bersama kurma cina merah. Reneh selama 1/2 jam api perlahan. Kemudian tapis.
-Masukkan kembali ke dalam periuk. Rebus untuk kali ke 2 , rebus sehingga kurma tertanggal dari biji. Tapis, campurkan dengan air rebusan yg pertama. Simpan dalam botol.
-Simpan dalam peti ais. Dibuat minuman harian.

Selamat Mencuba. Jika berguna, kongsikan ya!

>> Khasiat Kulit Kayu Setong

0 Response to "Khasiat Pokok Telinga Kera"

Post a Comment